Salam sejahtera. Kata "adakah" ialah kata tanya? Jika bukan kata tanya, "adakah" ialah kata apa? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, adakah ditakrifkan sebagai 1. apakah ada (untuk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar daripada kekalahan tahun lalu?. Daripada definisi tersebut, kata "adakah" merupakan kata untuk pertanyaan soalan. | Tatabahasa | 14.06.2013 |
Assalamualaikum.Saya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut tentang penggunaan beberapa jenis kata keterangan seperti 'juga' dan 'lagi'.Harap dapat dijelaskan..Sekian terima kasih | Juga: 1. (digunakan utk menyatakan keadaan yg sama atau serupa) pun: ada ~ orang yg tahu perkara itu; badannya tegap, adiknya ~ demikian; 2. (digunakan selepas kata sifat) agak: gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; 3. (digunakan utk menunjukkan perulangan) lagi: dulu saya yg menolongnya, sekarang saya ~ yg menolongnya; 4. (digunakan utk menunjukkan perbuatan terus-menerus) terus: walaupun dilarang dia masih ketawa ~; Chia telah mati di situ ~; 5. (digunakan utk menunjukkan tolak ansur) meskipun, walaupun: sesiapa ~ yg datang, saya mengalu-alukannya; 6. (biasanya digunakan selepas kata penghubung tetapi atau atau utk menunjukkan tokokan): kamu bukan sahaja mesti belajar dgn tekun tetapi ~ mesti berbaik-baik antara satu sama lain; 7. (digunakan bersama dgn pun sbg penegas): saya berpuasa, dia pun berpuasa ~; jua. Lagi: 1. tambahan kpd yg sedia ada: lima orang ~ telah dirawat di rumah sakit; musim hujan akan datang kira-kira tengah dua bulan ~; 2. masih (berpanjangan), sedang (berbuat sesuatu dll): adapun Chau Pandan itu, ~ di benua Siam; sekarang pun ada ~ negeri itu di benua Keling; 3. dan, serta, tambahan pula: dia hartawan ~ dermawan; 4. (balik) semula, pula: janganlah ~ dicari hamzah di dunia ini; 5. lebih (baik, elok, dll): mati ~ bagus; 6. kata yg digunakan utk menguatkan atau mengeraskan kata-kata sebelumnya: sekaranglah kita amuk, bila ~!; bilal khatib ~ berdosa, ini pula kita yg jahil; ~ pula dan lagi, lebih-lebih, tambahan pula; | Lain-lain | 26.03.2009 |
apa beza antara tidak dan bukan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tidak digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu ~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak) main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; manakala bukan pula 1. = bukannya sebenarnya tidak, berlainan drpd yg sebenarnya: anak itu ~ bodoh tetapi malas; ini ~ kali pertama ia datang ke mari; ~ begitu cara membuat kerja; 2. utk menyatakan pertanyaan yg mengeraskan dugaan (pd akhir ayat): ini bukumu, ~? ~ barang-barang(sebarang) bukan biasa (sahaja); ~ buatan (kepalang, main) amat sangat; ~ logam unsur yg lain drpd logam. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 262. | Istilah | 21.10.2009 |