Adakah salah kalau murid tidak tulis -nya pada ayat berikut? 1)Ben Li makan sarapan dengan keluarga(nya). 2)Ben Li dan kawan-kawan(nya) pergi ke ladang anggur. 3)Ben Li dan keluarga(nya) menyaksikan pertunjukan udara. | Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat pertama, kedua dan ketiga yang disoal, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga. Sekiranya tidak diletakkan 'nya' akan timbul persoalan misalnya menerusi ayat pertama sekiranya tidak diletakkan kata 'nya' akan wujud persoalan Ben makan bersama keluarga siapa? Oleh itu, saudari/saudari perlu meletakkan kata 'nya' di dalam ketiga-tiga ayat tersebut. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 02.08.2012 |
1)Diperkenalkannya imbuhan Ke pascakata sebab ade nya..kalau merupakan imbuhan apitan di-kan...nya bertindak sebagai apa 2)kebergantungan..imbuhan awalan apa?ke ade dua imbuahan awalan.. 3)pertama adakah kata tugas..persoalannya boleh kah menjadi imbuhan awalan per+tama | 1. Imbuhan dipeR- ...-kan ialah apitan yang membentuk kata kerja pasif transitif, contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. "Nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga. 2. Mengambil contoh perkataan "kebergantungan", terbit daripada akar kata gantung, mendapat awalan beR- menjadi berguna dan menerima pula apitan ke-...-an. Dalam bahasa Melayu, tidak wujud apitan kebeR-...-an untuk menghasilkan bentuk kata seperti kebergantungan. 3. Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 91 - 93. | Tatabahasa | 07.08.2018 |
Adakah kata ganti diri pertama alternatif untuk merujuk kepada Allah? Sebagai contoh Allah berfirman: Berdoalah kepada-Ku. Adakah alternatif untuk "Aku" atau "Ku" ketika Tuhan merujuk kepada zat-Nya sendiri? Seperti "beta"? Adakah juga alternatif bagi kata ganti diri pertama untuk Nabi? | Kata ganti nama diri orang pertama untuk Allah dan nabi ialah “aku”. Walau bagaimanapun, jika merujuk Allah permulaan huruf hendaklah dieja dengan huruf besar, iaitu “Aku”, manakala untuk nabi pula kesemua huruf dieja dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 25.09.2023 |
bagaimana cara nya untuk memohon biasiswa dari DBP | Untuk makluman puan pada masa ini DBP tidak lagi menyediakan kemudahan biasiswa untuk pengajian peringkat ijazah pertama. | Lain-lain | 07.08.2012 |
saya ingin bertanyakan apa perbezaan di antara pascasiswazah dan pascaijazah. bilakah penggunaan nya dalam ayat. | Pascasiswazah membawa maksud penuntut yang meneruskan pendidikan yang lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama. Pascaijazah juga boleh membawa maksud yang sama. Lazimnya, istilah "pascasiswazah" digunakan. | Istilah | 17.09.2015 |
Sekolah kami mengadakan Hari Sukan peringkat sekolah. Bolehkah pihak tuan mempasifkan ayat ini? Adakah subjeknya dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama mahupun Ketiga? Jika pihak tuan menggunakan contoh "adik saya" ataupun "pensel saya", sudah tentu subjeknya ialah Kata Ganti Nama Diri Ketiga.... tetapi.... Contoh "adik saya" dan "pensel saya" yang telah saya berikan memberikan tanggapan sebagai kepunyaan atau milik seseorang dan tidak termasuk orang itu sendiri. Tetapi dalam konteks "sekolah kami", subjeknya memberikan tanggapan sebagai pasukan seseorang yang menjadikan orang itu sebahagian daripadanya. Contohya, "keluarga saya" serta "pasukan saya" memberitahu kita bahawa "saya" merupakan sebahagian daripada pasukannya. Oleh itu, bukankah "sekolah kami", mahupun "keluarga saya", mahupun "pasukan saya" dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama? | Ayat pasif bagi contoh ayat yang diberikan ialah “Hari Sukan peringkat sekolah diadakan oleh sekolah kami”. Subjek dalam ayat tersebut bukan kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri ketiga, sebaliknya kata nama. Kata ganti nama diri orang merupakan kata ganti nama yang mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu: 1. Kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita 2. Kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu 3. Kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia beliau, mereka, -nya | Tatabahasa | 07.08.2022 |
Salam sejahtera tuan/puan. Berkenaan dengan perkataan "Khatulistiwa", jika digunakan bersama dengan "garisan", maka "K"nya huruf besar kerana "garisan Khatulistiwa" merupakan kata nama khas. Soalan saya, jika digunakan dengan "negara", adakah "K" tersebut perlu dihurufbesarkan, iaitu ditulis seperti "negara Khatulistiwa" ataupun "negara khatulistiwa"? Adakah "negara khatulistiwa" ini kata nama khas atau kata nama am? | Perkataan “Khatulistiwa” merupakan kata nama khas. Sehubungan dengan itu, huruf pertama bagi perkataan tersebut hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf besar, iaitu “Khatulistiwa”. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 1105. | Ejaan | 27.04.2023 |
boleh tolong berikan contoh perkataan yang tergolong dalam kata ganti nama diri merujuk gelaran dan panggilan. | Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ganti nama diri orang merujuk kepada diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga seperti yang berikut: 1. kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita 2. kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu 3. kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, beliau, mereka, -nya | Tatabahasa | 06.03.2013 |
1)bagaimanakah ejaan "kongres" terhasil? 2)bilakah berlaku kongres bahasa dan persuratan melayu yang pertama? siapakah yang terlibat? dimanakah dan bilakah kongres itu berlangsung? apakah yang dibincangkan semasa kongres tersebut? 3)bagaimana pula dengan kongres kali kedua dan ketiga? seperti diatas.. 4)sekarang kali ke berapakah kongres diadakan? kali ke-7 atau ke-8? terima kasih | Kongres bermaksud mesyuarat besar wakil-wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya, dsb) utk membincangkan sesuatu isu. Kongres (Bahasa) dan Persuratan Melayu I, diadakan di Special Hall, Sea View Hotel, Singapore, pada 12 dan 13 April 1952. Kongres ini anjurkan oleh persatuan yang menjadi kerabat Kongres, dipelopori oleh Angkatan Sasterawan ’50. Oleh sebab itu tujuan utama Kongres ini lebih kepada menjaga kepentingan ahli-ahli kerabat Kongres. Dengan demikian, Kongres memberi perhatian kepada pembentukan PIAGAM CONGRESS, yang kemudian-nya telah di-sahkan oleh Persidangan dan di-tandatangani oleh tiap2 ketua perwakilan yang hadhir bersidang hari ini. Tidak ada kertas kerja dibentangkan, tetapi tumpuan perbincangan berkisar pada isu-isu berikut: a. Perlunya ada usaha mempersatukan badan2 Persuratan Melayu di-Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara. b. Badan-badan ini menjadi pihak yang mengambil keputusan muktamad atas sebarang hal mengenai kemajuan bahasa dan persuratan Melayu. c. Adanya keperluan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli-ahli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut kongres sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan di pusat pengajian tinggi. | Lain-lain | 26.06.2008 |
A) Antara 2 ayat berikut, yang manakah lebih tepat 1) Kami akan kemaskan bilik ini semula selepas digunakan. 2) Akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan. Mengapa? B) Adakah terdapat kesalahan dalam ayat-ayat ini? 1) Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucurkan kita dengan rahmat-Nya. 2) Sejak dari semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan. | Ayat yang betul ialah ' akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan'. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat kedua: Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucuri kita dengan rahmat-Nya. Ayat ketiga: Sejak semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan. | Tatabahasa | 08.04.2008 |