terjatuh daripada gajahnya @ terjatuh dari gajahnya? | Ayat yang betul ialah terjatuh dari gajahnya - merujuk tempat dia jatuh. | Tatabahasa | 03.05.2010 |
Salam, saya ingin menanyakan penggunaan dan pemilihan kata sendi nama yang betul.'Terjatuh dari basikal' ataupun 'Terjatuh daripada basikal'? Terima kasih. | TERJATUH DARIPADA BASIKAL.. | Tatabahasa | 05.02.2013 |
dari - utk tempat,arah, masa manakala daripada - utk punca, sumber, perbandingan. Adakah frasa-frasa ini betul : terjatuh daripada basikal/ tangga, keluar dari bank, balik dari kedai/sekolah ? terima kasih | Terjatuh dari tangga, terjatuh daripada basikal, keluar dari bank, balik dari sekolah. | Tatabahasa | 20.04.2010 |
1. saya terjatuh dari atas basikal. atau 2.saya terjatuh daripada atas basikal. mana satu betul? | Yang betul, Saya terjatuh dari basikal | Tatabahasa | 08.09.2008 |
Salam sejahtera. Ayat : Ibu risau kamu akan terluka jika barangan kaca atau kristal itu ( terjatuh , jatuh). Perkataan mana tepat, terjatuh atau jatuh? Terima kasih. | Salam sejahtera. Perkataan yang tepat bagi ayat tersebut ialah "Ibu risau kamu akan terluka jika barangan kaca atau kristal itu terjatuh. | Tatabahasa | 02.04.2013 |
pelari itu terjatuh apabila hampir tiba di/kr garisan prnamat. tq | Ayat yang betul ialah pelari itu terjatuh apabila hampir tiba ke garisan penamat. | Lain-lain | 12.06.2010 |
Salam, Bolehkah kata hubung "lalu" digunakan pada pangkal ayat. Misalnya, "Lalu, Ali terjatuh ke dalam longkang." Jika perkataan "lalu" diletakkan selepas perkataan Ali, iaitu "Ali lalu terjatuh ke dalam longkang." Ayat tersebut gramatis? Sekian, terima kasih. | Lalu ialah kata hubung gabungan yang berfungsi menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. kata hubung gabungan terletak pada pertengahan ayat dan ayat yang terbentuk disebut ayat majmuk gabungan. | Tatabahasa | 09.07.2012 |
(a)Ali mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari kati? Adakah ayat tersebut gramtis? (b)Adik terbangun (dari / daripada) tidur kerana dentaman mercun? terima kasih. | Ayat yang betul ialah A. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari katil B. Adik terbangun daripada tidur kerana dentaman mercun | Tatabahasa | 19.08.2009 |
Saya ingin bertanyakan penggunaan perkataan 'dari' dan 'daripada'. Saya menghadapi beberapa keraguan semasa menggunakan perkataan-perkataan di atas. Soalan 1: Jauhkan ubat nyamuk ______ langsir. Soalan 2: Dia terjatuh ________ basikalnya. Soalan 3: Ali terjatuh ________ bumbung semasa membaiki tangki rumahnya. Soalan 4: Dia melompat keluar ________ kereta itu apabila penculiknya menghentikan kereta di simpang jalan. Bolehkan tuan/ puan berikan jawapan yang sepatutnya diisi dan terangkan sebabnya. Saya ingin terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang diberikan. Terima kasih. | Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Ciri-ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama "daripada" yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 268 untuk tujuan tersebut. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
1. Mak Siti sayang (pada/ akan/ kepada) anaknya. 2. Ali patuh (pada/ akan/ kepada) peraturan. 3. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat kerana terjatuh dari katil. 4. Baju ini amat sangat cantik. Adakah ayat-ayat di atas gramatis? (merujuk kepada TD Edisi ke-3, "pada" tidak boleh digunakan di depan kata nama yang bermaksud sasaran, adakah pada dalam soalan 1 tidak boleh digunakan di depan anaknya?) | Ayat yang betul ialah: 1. Mak Siti sayang akan anaknya. 2. Ali patuh pada peraturan. 3. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat kerana terjatuh dari katil. 4. Baju ini amat cantik / sangat cantik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, rujuk halaman 274, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 08.08.2010 |