Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : akronim bagi Persatuan Wartawan Wanita Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : 1. (yg) kesatu: penuntut tahun ~ dan tahun kedua mempelajari ilmu itu secara umum manakala penuntut tahun ketiga mempelajarinya secara mendalam; 2. = ~ kali mula-mula sekali, julung kali, terdahulu sekali: inilah tunjuk perasaan antikerajaan yg ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya; inilah ~ kali seniwati itu berlakon sbg seorang perempuan tua; 3. terutama, terpenting: kewajibankau yg ~ ialah menjayakan perusahaan yg baru dijalankan ini; pertama-tama yg pertama sekali, yg mula­mula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan; dipertamakan didahulukan, dipentingkan, diutamakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : 1 lebih dahulu drpd yg lain mengikut urutan atau susunannya; yg paling awal: Jilid ~ buku itu sudah habis dijual. 2 yg mula-mula sekali; tidak ada yg lebih awal drpd itu; terdahulu sekali: Inilah kali ~ saya datang ke sini. 3 yg tertinggi peringkatnya; terutama; terpenting: sijil kelas ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pertama (kata tugas)
1. Dalam konteks kedudukan
bersinonim dengan julung, yang mula sekali, julung kali, awal-awalnya, asal-asalnya,
Berantonim dengan akhir

2. Bersinonim dengan terutama: terpenting, paling penting, paling utama,

Kata Terbitan : pertama-tama,

Puisi
 

Nanas halwa pisang salai,
     Hidangan kali pertama dara;
Hasrat kecewa cinta terkulai,
     Ingatan mesra tetap ada.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh;
     pertama tegak,
kedua roboh.

Bermaksud :

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Bahasa negara-ku buku pertama - siri pertama (melayu) - maricanMarican & SonsTiada1960 
Pertama bukan hatiKarisma PublicationsTiada20029832482208
Pertama dan terakhirUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada1980tiada maklumat
Malam pertama di alam kubur Tiada2010983-046-415-6
Cinta pertama nona juliaLokajayaTiada  
Kamus pertama sayaMc-Graw-Hill Far Eastern PublishersTiada1971 
Kalam pertamaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013978-983-46-1215-3
Cinta pertamaNB Kara Sdn. Bhd.Tiada2013978-967-5229-49-7
Dekad pertama pengajaran 1973-1983[t.p]Tiada1983 
Kursus pertama ilmu kesihatanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1971 
12345678910...

Kembali ke atas