[jer.nih] | جرنيه
Definisi : 1. boleh dilihat menerusinya (bkn air atau kaca), hening, bening, tidak keruh (bkn air): air yg ~; 2. manis dan berseri (bkn air muka), tidak muram: muka yg ~; 3. bersih drpd sebarang amalan salah, keburukan, niat jahat, dll; 4. tidak huru-hara (bkn sesuatu keadaan), aman: suasana politik yg ~; menjernihkan 1. menjadikan (menyebabkan dll) jernih, mengheningkan, membeningkan: ~ air yg keruh; 2. menjadikan jernih (air muka): berita gembira itu ~ air mukanya; 3. menjadikan jernih (tidak huru-hara): ~ fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb); kejernihan 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), kesucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; penjernihan proses (tindakan dsb) menjernihkan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem ~ air asas diperkenalkan menggunakan tiga penakung yg diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[jer.nih] | جرنيه
Definisi : 1 tidak keruh (bkn air); hening; bening: Air perigi itu sangat ~. 2 manis dan berseri (bkn air muka); tidak muram: Air muka gadis itu ~ saja. 3 bersih drpd sebarang niat jahat dll (bkn hati); suci; ikhlas: hati yg ~. 4 tidak huru-hara (bkn keadaan); aman: Pergolakan itu kembali ~ spt sediakala. menjernihkan menjadikan jernih; mengheningkan: ~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. kejernihan keadaan jernih (bkn air, suasana, hati dsb): ~ air sungai itu telah tercemar akibat pembuangan bahan-bahan kimia dr kilang itu. penjernihan proses atau perbuatan menjernihkan air dsb: sistem ~ air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)