Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
keras
1. Bersinonim dengan kuat
( kukuh, teguh, tegap, liat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

2. Bersinonim dengan bersungguh-sungguh
( giat, tekun, tekal, ceka, nekad, tabah, sepenuh hati, penuh minat, )
(adverba:)
Berantonim dengan sambil lewa

3. Bersinonim dengan tegas
( teguh pendirian)
(adjektif:)
Berantonim dengan tolak ansur

4. Dalam konteks kawalan
bersinonim dengan ketat, rapi,
(adjektif:)
Berantonim dengan longgar

5. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, tenat, berat, payah, yang membahayakan,
(adjektif:)
Berantonim dengan ringan

6. Bersinonim dengan hebat
( kuat, gagah, berani, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lemah

7. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kencang, deras, kuat, laju,
(adjektif:)

8. Dalam konteks suara bunyi
bersinonim dengan nyaring, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut, lunak

9. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kesat, kasar, tidak sopan, biadap,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

10. Bersinonim dengan berpuaka
( berhantu, berpenunggu, )
(kata kerja:)

11. Dalam konteks minuman
bersinonim dengan memabukkan, beralkohol,
(kata kerja:)

12. Dalam konteks kritikan
bersinonim dengan pedas, tajam,
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkeras, mengeras, mengerasi, mengeraskan, terkeras, kekerasan, pengerasan,

Puisi
 

Anak enggang terbang sepuluh,
     Hinggap mari dahan berduri;
Sungguh keras buku buluh,
     Dimakan bubuk habis sekali.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Batu yang keras air pelekuknya;
     hati yang keras lidah pelembutnya.

Bermaksud :

Orang yang keras hati dapat dipujuk dengan perkataan yang lemah-lembut.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
keras kedekiang[k«.ÒAC k«.d«.ki.jAN] berkenaan dengan sesuatu yang terlalu keras.Patot la sapa pon tak mau makan roti ni, dah keras kedekiang.[pA.tot lA sA.pA pon tA/ mAw mA.kAn Òo.ti ni dAh k«.ÒAC k«.d«.ki.jAN]Patutlah siapa pun tidak mahu makan roti ini, terlalu keras.
kokak[k.kA/]kata kerjamenggigit sesuatu yang keras dan rapuh dengan cara membuka mulut dengan luas.Jambu tu besar sangat, tak buleh nak kokak.[dZAm.bu tu b«.sA)Ö sA.NA­t tA/ bu.leh nA/ k.kA/]Jambu itu sangat besar, susah hendak menggigitnya.
rongkah[ҍN.kAh]kata kerjamerosakkan sesuatu yang keras kerana sebab-sebab tertentu (berkenaan pintu, alat permainan, peralatan elektrik)Depa rongkah pintu pasai tetingai kunci.[dE.pA ҍN.kAh pin.tu pA.sAj t«.tiN.gAj kun.tSi]Mereka merosakkan pintu sebab tertinggal kunci.
buta larang[bu.tA lA.ÒAN] berkenaan dengan seseorang yang tidak mengikut peraturan.Hang memang buta larang, dah banyak kali dah bagi tau hang tak dengar jugak.[hAN mE.mAN bu.tA lA.ÒAN dAh bA.øA kA.li dAh bA.gi tAw hAN tA d«.NA)Ö dZu.gA]Awak ini memang keras kepala, dah banyak kali beritahu awak tidak dengar juga.
memukat[m«.mu.kAt]kata kerjamembuat sesuatu yang akan membangkitkan kemarahan seseorangHang jangan dok mukat dengan orang tua tu, dia tu kepala agin.[hAN dZA.NAn do/ mu.kAt d«.NAn .ÒAN tu.wA tu di.jA tu k«.pA.lA A.gin]Awak jangan cari sebab dengan orang tua itu, dia keras kepala.

Kembali ke atas