THOTH | Thoth ialah dewa bulan Mesir purba yang menaungi tamadun dan seni intelek seperti penulisan, astronomi, matematik, perundangan, sihir, dan perbomohan. Thoth digambarkan dalam seni sebagai tubuh manusia yang berkepala burung sekendi. Thoth juga digambarkan sebagai babun berkepala anjing. Peranan utama Thoth di alam ghaib ialah menyelia neraca penimbang roh orang yang sudah meninggal dunia untuk menentukan sama ada orang itu bersalah atau tidak. Thoth juga dikaitkan dengan dewa lain. Thoth dianggap sebagai jurutulis dewa matahari Re dan malah ketua pegawai pentadbir Re. Dalam mitos penciptaan dari Memphis, Thoth menjadi lidah dewa pencipta, Ptah yang mencipta dunia. | UMUM | |
BURUNG HERING | Burung hering ialah nama berjenis-jenis burung pemangsa. Makanan utama burung hering ialah bangkai (daging haiwan yang mati atau reput). Kebanyakan burung hering berkaki lemah dan berkepala serta berleher togel. | UMUM | |
SFINKS | Sfinks ialah makhluk khayalan dalam mitos purba. Orang Mesir, Yunani, dan orang di Timur Dekat, kesemuanya mempunyai cerita mengenai makhluk ini. Menurut pelbagai kisah, sfinks mempunyai badan berbentuk singa dan berkepala manusia, falko, atau biri-biri jantan. Sesetengah sfinks juga mempunyai sayap dan ekor ular. | UMUM | |
SHOVELER | Shoveler yang juga dikenali sebagai spoonbill, ialah itik kecil Hemisfera Utara yang mempunyai paruh panjang berbentuk sudu. Ia hidup di Eropah, Asia, dan Amerika Utara pada musim panas, dan berhijrah ke selatan pada musim sejuk, ke Afrika Utara, selatan Asia, dan Amerika Selatan. Bahagian atas paruh menutup bahagian bawah. Burung jantan berkepala hijau, berdada putih, dan berbadan biru dan perang. Shoveler memakan moluska, serangga, dan akar di air cetek. Ia mengambil semulut penuh lumpur dan air menapisnya melalui “palung” sisi paruhnya, meninggalkan makanan di dalamnya. Ia membuat sarang di atas tanah, kadangkala agak jauh dari air. Burung betina bertelur dari 6 hingga 14 biji telur berwarna kehijauan pucat hingga kebiruan. Pengelasan saintifik. Shoveler tergolong dalam famili Anatidae. Ia adalah Anas clypeata. | UMUM | |
WAU | WAU, alat permainan yang boleh diterbangkan ke udara dengan menggunakan tali. Wau diperbuat daripada kertas atau gentian kain dan buluh. Bentuknya adalah berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju. Wau terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya termasuklah wau bulan, wau kekek, wau tukong, wau daun, wau kucing, wau merak, wau payang dan wau sewah. Wau bulan merupakan wau yang paling terkenal dan disukai ramai. Di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, ia lebih dikenali dengan nama layang-layang. Wau yang dimainkan di setiap negeri adalah berbeza, seperti wau helang di Perlis, wau kapal di Selangor, wau pungguk di Terengganu, wau kekek di Johor dan Sabah, wau bawal di Melaka, wau daun atau wau barat di Kelantan, wau bugis di Johor dan wau merak di Negeri Sembilan. | BUDAYA | Permainan/Sukan/Rekreasi |
SIRENS | Sirens ialah nimfa laut dalam mitologi Yunani yang tinggal di sebuah pulau. Dua Sirens ada disebutkan dalam puisi epik Yunani, Odyssey. Kebanyakan pengarang yang terkemudian menulis tentang kira-kira tiga Sirens dalam karya mereka. Nyanyian merdu Sirens mengumpan pelaut menuju kebinasaan di pantai pulau yang berbatu-batan. Dalam sesetengah cerita, Sirens-Sirens akan mati jika dapat belayar tanpa merasa terharu mendengar nyanyian mereka. Wira Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin menyumbatkan lilin di dalam telinga kelasinya supaya mereka tidak dapat mendengar suara Sirens. Kemudian dia meminta dirinya diikat pada tiang. Odysseus dengan itu dapat mendengar suara Sirens tanpa membahayakan kapalnya. Dalam seni lukis, Sirens pada mulanya digambarkan sebagai burung yang berkepala wanita dan kemudiannya sebagai wanita yang berkaki burung dan kadangkala bersayap. Lihat juga Odyssey (gambar;) Capri. | UMUM | |