TAKONIT | Takonit ialah batu keras yang mengandungi lebih kurang 30 peratus besi dalam bentuk serbuk halus besi oksida. Kandungan yang selebihnya terdiri daripada mineral yang dinamakan <i> chert i>. Takonit banyak didapati di Banjaran Mesabi di Minnesota, Amerika Syarikat. Ia adalah batuan induk yang daripadanya terbentuk mendapan bijih besi Mesabi yang terkenal. Longgokan bijih besi yang penting ini berada bertaburan dalam kawasan takonit yang panjangnya 160 kilometer dan lebarnya 1.5 kilometer hingga 3 kilometer. Besi dalam takonit wujud terutamanya sebagai oksida hitam <i> magnetit i>atau <i> batu magnet i>dan oksida merah <i> hematit i>. | UMUM | |
TISU PENGHUBUNG | Tisu penghubung, menghubungkan organ badan dengan tisu, menetapkan organ di tempatnya, dan menyokong badan. Berbanding dengan lain-lain jenis tisu, tisu penghubung mempunyai beberapa sel dan banyak <i> bahan antara sel i> (bahan di luar sel). Ahli sains membahagikan tisu penghubung kepada tiga kumpulan, mengikut kekerasan bahan antara sel, iaitu (1) <i> tisu penghubung sempurna i> yang lembut, (2) <i> rawan i> yang teguh, dan (3) <i> tulang i> yang keras. Rencana ini akan membincangkan tisu penghubung sempurna. Untuk maklumat tentang lain-lain jenis tisu penghubung, lihat rencana <i> Ensiklopedia Dunia i> tentang Rawan dan Tulang <i> . i> | UMUM | |
GELANG TANGAN | GELANG TANGAN, perhiasan wanita yang dipakai di pergelangan tangan. Gelang tangan dipakai semenjak zaman Neolitik. Beberapa gelang tangan batu telah dijumpai di beberapa tapak cari gali di Semenanjung Malaysia. Gelang tangan zaman Neolitik dibuat daripada jenis batu padu dan sebuah lubang ditebuk di tengah-tengahnya. Gelang tangan yang dipakai oleh Orang Asli1"> Semenanjung diperbuat daripada akar kayu, rotan, buluh betung, kayu keras dan kayu nyirih batu. | BUDAYA | Alat/Alatan |
DATO' BAHAMAN | DATO’ BAHAMAN (1838- ?), orang besar Pahang yang menyebelahi Wan Ahmad dalam rebutan kuasa di Pahang pada abad ke-19. Bahaman anak kepada Tuanku Imam Noh dengan Rokiah binti Tuk Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Tuanku Imam Noh dipercayai berasal dari Kampar, Sumatera. Ketika kecil, Bahaman diserahkan kepada Bendahara Pahang, Wan Ali dan dia berkawan dengan Wan Ahmad, putera Bendahara Wan Ali. Bahaman mahir dalam bidang perburuan, bermain gasing, berlaga buah keras dan bermain sepak raga. Bahaman bersama-sama Wan Ahmad menjual ikan dan garam kepada penduduk di Hulu Pahang. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SIALANG | SIALANG <I style="mso-bidi-font-style: normal">(Koompassia excelsa (Becc.) TaubI>. daripada <I style="mso-bidi-font-style: normal">famili Leguminosae)I>, sejenis pokok hutan yang besar dan antara yang tertinggi di Malaysia. Nama lain bagi pokok ini ialah tualang. Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga melebihi 85 m. Batangnya berukuran antara 1 m hingga 2.5 m diameter, berbanir tinggi dan berwarna kelabu kekuningan, berdahan banyak sehingga membentuk dom dan kadang-kadang terdapat subsilara yang juga berbentuk dom. Daun pokok ini berwarna hijau dan biasanya luruh setahun sekali. Pokok ini mempunyai getah yang berbisa yang boleh menyebabkan kulit gatal-gatal dan bengkak-bengkak. Pokok ini juga amat keras kayunya tetapi dahannya rapuh dan kadang-kadang sekah dengan sendiri. | BUDAYA | Flora dan Fauna |