Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.pa.la.i] | مڠڤالاءي

Definisi : menjadi kepala (penghulu, ketua, pemimpin, dll) kpd, memimpin, mengetuai: lembaga yg baru ditubuhkan itu dikepalai oleh seorang ahli Parlimen; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.pa.la.i] | مڠڤالاءي

Definisi : menjadi kepala (penghulu, pemimpin) dlm sesuatu kumpulan; mengetuai; memimpin: Beliau sendiri yg ~ angkatan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepala (kata nama)
1. Bersinonim dengan jemala: tendas, akal, otak, fikiran, minda,

2. Bersinonim dengan ketua: pemimpin, penghulu, pengurus, pengelola, kapten, batin, pengarah, penggawa, mandur, penyelia, majikan, presiden, raja, imam, penasihat, guru, pemandu, khalifah, lurah, gabenor, nakhoda, juragan, jurumudi, panglima, hulubalang, sintua, juara, tekong,

3. Dalam konteks surat
bersinonim dengan tajuk, pendahuluan, permulaan,

4. Dalam konteks perkiraan
bersinonim dengan orang, individu,

5. Bersinonim dengan tangkai: hulu, pemegang,

Kata Terbitan : berkepala, berkepalakan, mengepalai,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPIRIT '76

Spirit ’76 ialah pemandangan patriotik yang

masyhur yang dilukis sekitar tahun 1875 oleh

pelukis Amerika, Archibald M. Willard.

Pemandangan ini menunjukkan seorang peniup

seruling bersama-sama dengan dua orang pemalu

gendang mengepalai askar Amerika ke medan

peperangan semasa Revolusi Amerika. Willard

melukis beberapa versi The Spirit of ‘76 ini.

UMUM 
O'MALLEY, DESMOND

O’Malley, Desmond (1939– ) ialah pengasas

Demokrat Progresif, iaitu parti politik di Republik

Ireland. O’Malley menjadi anggota Fianna Fáil,

tetapi dibuang pada tahun 1985 selepas berucap

menentang barisan parti dalam membahaskan

perancangan keluarga. Dia membentuk Demokrat

Progresif pada awal tahun berikutnya dan

mengepalai parti itu sehingga tahun 1993. Pada

tahun 1989, Demokrat Progresif dan Fianna Fáil

membentuk kerajaan campuran, dan O’Malley

menjadi menteri bagi perindustrian dan

perdagangan sehingga tahun 1992.

UMUM 
ULEEBALANGULEEBALANG, jawatan hulubalang dalam pasukan tentera Aceh, Sumatera, Indonesia.  Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.  Uleebalang mengetuai sebuah negeri (daerah).  Sebuah negeri terdiri daripada beberapa mukim uleebalang dan uleebalang sebuah negeri mendapat mandat daripada Sultan Aceh untuk mengepalai negeri tersebut.  Sementara di daerah-daerah jajahan, sultan tidak melantik wakil baharu, sebaliknya menyamatarafkan raja-raja di bawah jajahannya dengan jawatan uleebalang.  Raja-raja ini tidaklah menggunakan pangkal gelaran uleebalang tetapi menggunakan gelaran setempat.  Contohnya uleebalang di Gayo dan Alas mendapat mandat terus daripada Sultan Aceh.  Uleebalang di daerah tersebut dipanggil dengan gelar ‘Keudjuruan’.SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas