Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.bang.kan] | منومبڠکن

Definisi : 1. menjadikan tumbang (pokok yg besar-besar dll), meruntuhkan, merobohkan: pokok yg akarnya tidak kuat, mudah sahaja ditumbangkan oleh ribut; 2. ki menjadikan runtuh atau roboh (kerajaan, negara, dll), menghancurkan, memusnahkan: pelajar-pelajar yg pd mulanya mengikut saja apa kata pemerintahnya akhirnya melawan balik ~ kerajaan; berbagai-bagai cara musuh-musuhnya mencari jalan utk ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.bang.kan] | منومبڠکن

Definisi : 1 menjadikan tum- bang atau rebah; merebahkan. 2 me­robohkan sesuatu kerajaan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbang (kata kerja)
Bersinonim dengan jatuh, rebah, runtuh, roboh, gugur, luruh, tergolek, terbaring, tertiarap, tersungkur, terbalik, rontok, rampak;,
Kata Terbitan : menumbangkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANGIN

Angin ialah udara yang bergerak merentas

permukaan bumi. Angin mungkin bertiup dengan

begitu perlahan dan lembut sehingga tidak terasa

tiupannya, atau mungkin bertiup dengan begitu

kuat dan kencang sehingga merobohkan

bangunan dan menumbangkan pokok besar.

UMUM 
SADAT, ANWAR AL-

Sadat, Anwar al- (1337–1402 H./1918–1981 M.)

ialah Presiden Republik Mesir bermula dari tahun

1970 sehingga meninggal dunia. Nama sebenarnya

ialah Muhammad Anwar al-Sadat. Dia lahir di

Mayyit Abu al-Kom, sebuah perkampungan di

Wilayah al-Manufiyah di Delta Sungai Nil. Dia

seorang siswazah Institut Ketenteraan Mesir pada

tahun 1938. Sadat bersama-sama dengan Abdul al-

Nasser dan tentera yang lain menyertai pertubuhan

rahsia yang dikenali sebagai Pertubuhan Tentera

Pembebasan. Pertubuhan ini bertujuan untuk

menumbangkan pemerintahan beraja yang tunduk

sepenuhnya kepada kuasa British dan ingin

membebaskan Mesir daripada penjajahan Britain

yang menguasai politik dan ekonomi. Sadat telah

dijatuhkan hukuman penjara kerana

penglibatannya yang aktif dalam aktiviti revolusi

pada tahun 1940-an. Pada tahun 1952, dia telah

memimpin gerakan revolusi yang telah

menumbangkan Raja Farouk. Setelah tamatnya

gerakan itu, Sadat memegang beberapa jawatan

penting dalam kerajaan.

Dia dilantik sebagai Ketua Dewan Rakyat dan

Ketua Editor Akhbar al-Jumhuriyyah. Seterusnya,

dia dilantik sebagai Naib Presiden Republik Arab

Mesir dari tahun 1964 hingga tahun 1967 dan

disambung semula pada tahun 1969 hingga tahun

1970.

UMUM 
DARURAT

DARURAT (1948-1960), keadaan tidak aman yang diisytiharkan di Tanah Melayu setelah percubaan komunis menumbangkan pemerintahan British. Undang-undang mengisytiharkan Darurat di Tanah Melayu dibuat oleh kerajaan, iaitu selepas tiga orang Eropah dibunuh di Sungai Siput, Perak pada pertengahan bulan Jun 1948. Pada 18 Jun 1948, Ordinan Darurat telah dikuatkuasakan di Perak dan seterusnya di seluruh negara. Sementara itu, kejadian seperti rusuhan, pembakaran dan pembunuhan, terutamanya di estet, telah berlaku lebih awal. Strategi komunis ternyata telah melumpuhkan ekonomi negara.

   

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa

Kembali ke atas