Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pertama (kata tugas)
1. Dalam konteks kedudukan
bersinonim dengan julung, yang mula sekali, julung kali, awal-awalnya, asal-asalnya,
Berantonim dengan akhir

2. Bersinonim dengan terutama: terpenting, paling penting, paling utama,

Kata Terbitan : pertama-tama,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARMSTRONG, LOUIS

Armstrong, Louis (1900–1971), pemain trumpet

Amerika yang pertama sekali terkenal sebagai

pemain trumpet solo jaz di peringkat antarabangsa.

Dia terkenal kerana nada dan teknik tiupannya

yang begitu indah dan cemerlang serta suaranya

yang garau ketika menyanyi. Dia merupakan

pemuzik jaz yang pertama menyanyi dalam gaya

yang berterabur dengan susunan suku kata dan

nada yang digubah secara sembrono ketika

menyanyi, tanpa menggunakan lirik.

UMUM 
THOMSEN, CHRISTIAN JURGENSEN

Thomsen, Christian Jurgensen (1788–1865)

ialah ahli arkeologi Denmark. Dia ialah orang

pertama sekali membuktikan bahawa sejarah

manusia sebelum bermulanya rekod bertulis,

boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman

Batu, Zaman Gangsa, dan Zaman Besi. Minat

Thomsen untuk memberikan pemahaman kepada

orang ramai tentang perkara ini mendorongnya

mengelolakan muzium etnografi pertama dunia di

Copenhagen pada tahun 1846.

UMUM 
MOYOLA, LORD

Moyola, Lord (1923–2002) ialah Perdana Menteri

Ireland Utara dari tahun 1969 hingga tahun 1971.

Nama sebenarnya ialah James Dawson Chichester-

Clark. Semasa dia mula dilantik, dia telah dirayu

untuk meneruskan pembaharuan yang dimulakan

oleh perdana menteri sebelumnya, Terence

O’Neill. Tetapi pertama sekali, dia perlu

mengembalikan kedamaian di wilayah tersebut,

selepas berlakunya kekacauan. Dia juga perlu

memulihkan semula perpecahan yang berlaku

dalam Parti Kesatuan Ulster. Pada awalnya dia

mendapat sedikit kejayaan di dalam kedua-dua

usaha tersebut tetapi rusuhan yang serius berlaku

pada bulan Ogos 1969. Dia terpaksa meminta

kerajaan United Kingdom menghantar tentera

untuk menjaga keamanan.

UMUM 
SEJARAH ALAM MELAYU

SEJARAH ALAM MELAYU, satu siri karya persejarahan Melayu moden.  Buku ini sebanyak lima jilid dan telah dihasilkan antara tahun 1925 hingga tahun 1939.  Buku ini ditulis oleh Abdul Hadi Hassan dan Yusof Adil  yang lebih dikenal dengan nama Buyong Adil.  Daripada lima jilid itu, tiga jilid daripadanya adalah hasil penulisan Abdul Hadi, sementara Jilid IV dan Jilid V pula adalah karya Buyong Adil.  Kedua-duanya pernah bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak.   Karya mereka adalah yang pertama sekali memakai judul tersebut dalam persejarahan rantau ini, sama ada dalam bahasa Melayu ataupun bahasa-bahasa lain.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
PICKERING, WILLIAM

Pickering , William (1840–1907) ialah kakitangan

awam British yang menjadi pelindung pertama

orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada

masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli

(buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke

Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli-

kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa

mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak,

malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang

di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai

pelindung adalah untuk menghentikan layanan

buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas

dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa

Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan

ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung

tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang

wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan

kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan

ketat sebagai langkah mengawal perjudian.

UMUM 
MAKARIOS III

Makarios III (1913–1977) ialah paderi Ortodoks

Yunani yang menjadi presiden pertama Cyprus

pada tahun 1959. Pada bulan Julai 1974, dia

digulingkan oleh tentera Cyprus di bawah

pimpinan pegawai-pegawai Yunani. Dengan itu, dia

terpaksa meninggalkan negara tersebut. Dia

kembali ke Cyprus pada bulan Disember 1974 dan

sekali lagi menjadi presiden sehingga dia

meninggal dunia pada tahun 1977. Semasa

Makarios tidak menjadi presiden, tentera Turki

telah menawan sebahagian besar bahagian timur

laut Cyprus.

UMUM 
PITSUDSKI, JÓZEF

Pitsudski, Józef (1867–1935) ialah patriot Poland

yang memimpin pergerakan pembebasan Poland

daripada Rusia dan membantu menyatupadukan

negaranya. Pilsudski berkhidmat sebagai ketua

negara Poland yang pertama dan juga menteri

perang selepas Poland bertukar menjadi sebuah

republik pada tahun 1918. Perlembagaan demokrasi

yang baru diwujudkan menjadikan jawatan presiden

sebagai satu jawatan yang lemah. Oleh itu, Pitsudski

enggan dicalonkan untuk memegang jawatan

tersebut. Pada tahun 1922, dia mengundurkan diri

daripada politik buat sementara waktu. Pada tahun

1926, dia menggunakan kuasa tentera untuk

menggulingkan kerajaan. Profesor Ignacy Mos´cicki

dilantik menjadi presiden yang baru. Pitsudski

menjadi perdana menteri dan berkhidmat hingga

tahun 1928. Pada tahun 1930, dia sekali lagi menjadi

perdana menteri. Pitsudski berjaya mengekalkan

kuasa sebenarnya dalam kerajaan dan berkuasa

sepenuhnya sejak tahun 1926 sehinggalah dia

meninggal dunia.

UMUM 
ANDERSON, MARIAN

Anderson, Marian (1897–1993), penyanyi

contralto Amerika. Kejayaannya bermula sebagai

penyanyi konsert. Pada tahun 1955, Anderson

menjadi penyanyi solo wanita kulit hitam yang

pertama yang menyanyi dengan Opera Metropolitan

New York City. Konduktor terkenal, Arturo Toscanini

memuji suaranya sebagai “sesuatu yang diperoleh

sekali dalam masa 100 tahun”.

UMUM 
PANCARAN PENA

PANCARAN PENA, majalah yang diterbitkan di Singapura dengan keluaran pertamanya bertarikh 1 Mei 1939.  Majalah ini diterbitkan dua minggu sekali dengan menggunakan tulisan Jawi.  Editor pertama majaIah ini ialah Jaafar Abdul Rahman.  Majalah ini diterbit dan dicetak oleh Pena Press Company, Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
SERANGGA SISIK

Serangga sisik ialah satu daripada banyak

jenis serangga penghisap yang memakan

tumbuhan. Serangga sisik berkelompok pada

tumbuhan, menghisap jus melalui muncungnya

yang halus, bak tiub.

     Serangga sisik betina melakukan kebanyakan

kerosakan. Serangga sisik jantan dewasa hanya

hidup cukup lama untuk mensenyawakan telur

serangga betina. Kebanyakan jenis serangga betina

berbentuk bujur. Panjangnya dari satu milimeter

hingga 2.5 sentimeter, bergantung pada

spesiesnya. Serangga sisik mendapat namanya

daripada kulitnya yang melekit atau bersisik yang

meliputi badannya. Sesetengah jenis serangga

betina hampir tidak kelihatan seperti serangga

sama sekali. Ia tidak mempunyai mata, sesungut

dan kaki dan jarang bergerak.

Ahli sains mengetahui lebih daripada 2000 jenis

serangga sisik. Serangga sisik San Jose adalah yang

terkenal dan paling berbahaya. Ia memakan banyak

jenis pokok buah dan pokok renek. Ia pertama kali

dijumpai di Amerika Syarikat dekat San Jose,

California, kira-kira pada tahun 1870. Satu lagi

serangga sisik yang menyerang pokok buah, iaitu

serangga sisik kekapas, yang pada satu masa

mungkin memusnahkan semua jenis pokok sitrus

di California.

Sesetengah serangga sisik adalah berguna.

Syelek, iaitu varnis yang didapati berasal daripada

serangga sisik yang dinamakan serangga lak (lihat

Lak ). Cochineal, iaitu pewarna, didapati daripada

serangga sisik cochineal . Satu jenis serangga sisik

digunakan sebagai barang kemas. Serangga ini

diliputi cangkerang, yang dikenali sebagai mutiara

tanah .

Pengelasan saintifik. Serangga sisik adalah anggota

order Hemiptera .

UMUM 

Kembali ke atas