KEHIDUPAN DI SEMPADAN BARAT | | UMUM | |
PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND | PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND (1949), perjanjian kerjasama antara pasukan polis Tanah Melayu dengan Thailand. Perjanjian yang ditandatangani pada 1 September 1949 ini dibuat bagi mengadakan kerjasama penuh di kawasan perbatasan kedua-dua negara antara pasukan polis masing-masing untuk menentang pengganas komunis. Beberapa syarat diadakan dalam perjanjian tersebut untuk menjalankan operasi menyeberang sempadan, tangkapan dan hal-hal lain. Tujuannya bagi memudahkan matlamat mengadakan kerjasama yang rapat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PROVINSI UTARA | Provinsi Utara ialah provinsi yang paling utara di Afrika Selatan. Ia berkongsi sempadan negeri dengan Botswana, Zimbabwe, dan Mozambique, dan sempadan provinsi dengan North West, Gauteng, dan Mpumalanga. Provinsi ini diasaskan pada 27 April 1994 sebagai Transvaal Utara. Pada tahun 1995, namanya bertukar menjadi Provinsi Utara. Bandar dan pekan utama ialah Pietersburg, Seshego, Namakgale, dan Mahwelereng. | UMUM | |
SUNGAI PARNAIBA | Sungai Parnaiba berpunca dari Pergunungan Tabatinga berhampiran sempadan negeri Goiás, Brazil. Sungai ini mengalir sejauh 1370 kilometer ke timur laut menuju Lautan Atlantik (lihat Brazil [peta]). Ia merupakan sempadan di antara negeri Maranhão dengan negeri Piaui. Cabang utamanya meliputi Sungai Balsas, Gurgueia, Caninde, Poti dan Longa. Kapal mengangkut lilin carnauba, kapas, beras dan tembakau belayar kira-kira sejauh 480 kilometer dari Floriano ke bandar Parnaiba di pinggir Lautan Atlantik. | UMUM | |
SHIRE | Shire ialah kawasan pentadbiran bagi negeri-negeri Anglo-Saxon pada zaman awal England. Shire mempunyai sempadan yang tetap dan terdiri daripada daerah kecil yang dikenali sebagai hundreds. Ketua pegawai shire dikenali sebagai reeve atau shire-reeve. Perkataan sheriff berasal daripada gelaran ini. Banyak kaunti di England mengekalkan perkataan shire pada namanya dan banyak sempadan kaunti mengikut sempadan shire lama. Perkataan shire kadangkalanya dirujuk secara bersama untuk kaunti masa kini. Shire juga merupakan nama seekor kuda penarik beban yang pertama kali dibiak baka di Shire Midland, England. Lihat juga Kaunti; Kuda. | UMUM | |
ASSAM | Assam ialah negeri di timur laut India, di kawasan rendah Lembah Brahmaputra. Assam mempunyai sempadan antarabangsa dengan Bhutan di sebelah utara dan dengan Bangladesh di sebelah barat daya. Di sebelah utara dan timurnya terletak Arunachai Pradesh. Assam berkongsi sempadan dengan empat buah negeri bukit-Nagaland dan Manipur ke sebelah timur, dan Mizoram dan Tripura ke sebelah selatan. Assam juga mempunyai sempadan yang pendek dengan Bangladesh di antara Tripura dan Meghalaya yang menyempadani Assam di sebelah barat dayanya. | UMUM | |
TERENGGANU | Terengganu ialah negeri yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan negeri Kelantan dan Pahang. Sempadan di bahagian timurnya ialah Laut China Selatan, manakala sempadan di bahagian selatan ialah negeri Pahang. Pantainya sepanjang lebih kurang 225 kilometer menghadap Laut China Selatan dari Besut di utara hingga ke Kemaman di selatan. Terdapat tujuh daerah di Terengganu iaitu Besut, Dungun, Kemaman, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, dan Setiu. | UMUM | |
MALLEE | Mallee ialah daerah di barat daya Victoria, Australia. Ia dinamai sempena nama sejenis pokok kayu putih yang banyak terdapat di kawasan itu. Daerah Mallee terletak di selatan Sungai Murray dan di timur sempadan Australia Selatan. Suatu garisan sempadan yang menghala ke selatan dari Kerang menuju ke timur Birchip, kemudian ke barat menuju ke sempadan Australia Selatan, merupakan sempadan daerah ini. | UMUM | |
ALIRAN BENDALIR | Sistem terbuka dikenali juga sebagai isipadu kawalan. Dalam analisis aliran secara isipadu kawalan, pertama ditakrifkan sebagai satu rantau atau daerah kajian. Untuk membezakan daerah kajian daripada persekitarannya, maka satu sempadan yang meliputi rantau kajian dilakarkan. Sempadan ini dikenali pula sebagai permukaan kawalan S.Pada permukaan kawalan inilah jisim, tenaga, dan momentum boleh keluar masuk isipadu kawalan tersebut.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
NUEVO LAREDO | Nuevo Laredo (pend. 281 413), sebuah bandar yang terletak di bahagian timur sempadan Mexico dengan Amerika Syarikat. Untuk lokasi, lihat Mexico (peta politik). Jambatan antarabangsa yang utama di Sungai Rio Grande menghubungkan bandar ini dengan Laredo, Texas, di utara sempadan Mexico. | UMUM | |