| Kata tua kata penegas, Penegas adat dengan lembaga; Hina bangsa suka berkeras, Berkeras cepat membawa bala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu pantang berkeras, Keras dan paksa sifatnya syaitan; Jahatlah laku orang pemeras, Memeras bangsa dilaknat Tuhan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Biarlah batang beruas-ruas, Kita memilih batang berlumut; Biarlah orang berkeras-keras, Kita memilih nan lemah lembut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau beratap daun nanas, Banyaklah hujan jatuh ke talam; Kalau bercakap berkeras-keras, Banyaklah orang nan salah faham. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau berjalan mata ke atas, Sekali-sekali masuk ke lubang; Kalau berkawan suka berkeras, Sekali-sekali remuklah tulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Payah sungguh membawa perahu, Hujan deras ombak menggila; Payah sungguh hamba merayu, Puan berkeras menolak hamba. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Basah kuyup orang di laut, Hujan deras ornbak melanda; Sudah cukup abang menurut, Adik berkeras habislah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Elok rumah kerana beratap, Bila beratap tidakkan panas; Elok lidah kerana beradab, Bila beradab takkan berkeras. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Tanda berbaju ada butangnya, Butang beratur atas ke bawah; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang terkebur berkeras lidah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |