Kayu selipat kayu di paya, Kayu mempayan condong ke padi; Keempat-empat muda sebaya, Ada seorang jatuh hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisau kecil hulunya gewang, Jatuh ke kaki haram tak luka; Dara kecil permainan abang, Jatuh hati haram tak lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil beliung tetak ke kempas, Jatuh ke kaki haram tak luka; Sungguh cium bertukar nafas, Jatuh ke hati haram tak lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Permata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau memetik bunga selasih, Dihanyut mari ke Sungai Ceni; Bila hati dah jatuh kasih, Nama yang busuk pun jadi wangi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sakit kaki kerana terbakar, Dibawa tegak jatuh terkulai; Sakit hati dibawa bersabar, Bila tidak kasih bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah kuini masak sedahan, Belum juga jatuh ke tanah; Patah hati rosaklah badan, Kerana adinda tak mahu singgah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kuali tidakkan retak, Ditimpa dulang jatuh ke lantai; Bagaimana hati tidakkan rosak, Baru bertunang sudah bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tali kekang jatuh ke tanah, Larilah kuda lintang-pukang; Hati bimbang peluh menyimbah, Lakinya sudah main belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jatuh berserak di dalam padi, Anak belangkas beruang perahu; Kalau berhajat di dalam hati, Khabar lekas supaya kutahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |