Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jer.nih] | جرنيه

Definisi : 1. boleh dilihat menerusinya (bkn air atau kaca), hening, bening, tidak keruh (bkn air): air yg ~; 2. manis dan berseri (bkn air muka), tidak muram: muka yg ~; 3. bersih drpd sebarang amalan salah, keburukan, niat jahat, dll; 4. tidak huru-hara (bkn sesuatu keadaan), aman: suasana politik yg ~; menjernihkan 1. menjadikan (menyebab­kan dll) jernih, mengheningkan, mem­beningkan: ~ air yg keruh; 2. menjadikan jernih (air muka): berita gembira itu ~ air mukanya; 3. menjadikan jernih (tidak huru-hara): ~ fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb); kejernihan 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), ke­sucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; penjernihan proses (tindakan dsb) men­jernih­kan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem ~ air asas diperkenalkan meng­guna­kan tiga penakung yg diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jer.nih] | جرنيه

Definisi : 1 tidak keruh (bkn air); hening; bening: Air perigi itu sangat ~. 2 manis dan berseri (bkn air muka); tidak muram: Air muka gadis itu ~ saja. 3 bersih drpd sebarang niat jahat dll (bkn hati); suci; ikhlas: hati yg ~. 4 tidak huru-hara (bkn keadaan); aman: Pergolakan itu kembali ~ spt sediakala. menjernihkan menjadikan jernih; mengheningkan: ~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. kejernihan keadaan jernih (bkn air, suasana, hati dsb): ~ air sungai itu telah tercemar akibat pembuangan bahan-bahan kimia dr kilang itu. penjernihan proses atau perbuatan menjernihkan air dsb: sistem ~ air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jernih (adjektif)
1. Bersinonim dengan hening: bening, terang, jelas,
Berantonim dengan keruh

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan bersih, suci, murni, kudus, putih, khalis, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, jujur, safi, sadik, lurus, mustakim, mukhlis, zakiah, tahir, nirmala, mukaddas,
Berantonim dengan bernoda

3. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan manis berseri, ceria, riang,
Berantonim dengan muram

Kata Terbitan : menjernihkan, kejernihan,

Puisi
 

Selat Teberau air jernih,
     Banyak mengail ikan gelama;
Pura-pura menumpang kasih,
     Kenangan kita selama-lama.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Air jernih,
     ikannya jinak.

Bermaksud :

Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Air jernih ikannya jinak, Bila mandi bertambah segar; Hati bersih kawan pun banyak, Ke mana pergi tuahnya besar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang beradat mukanya jernih, Hati lapang fikiran luas; Membuang adat bala yang boleh, Mati terbuang hidup melengas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau mata sudah jernih, Tentu nyawa benda dilihat; Kalau cinta sudah berbenih, Beribu daya akan kubuat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok cermin kerana jernih, Di sana bedak ia bubuhkan; Elok pemimpin kerana bersih, Laba dan tamak ia jauhkan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Selat Teberau air jernih, Banyak mengail ikan gelama; Pura-pura menumpang kasih, Kenangan kita selama-lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang mandi di sungai jernih, Jemur kain di danau huma; Duduk termenung tidak berjenis, Duduk teringat janda lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bercakap lurus berkata benar, Muka jernih hati pun bersih; Adab halus pantang mengasar, Pantang sekali mencari selisih.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kemana lagi ikan berenang, Air yang jernih menjadi keruh; Ke mana lagi badan menumpang, Kekasih hati dah pergi jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hari panas mencucuk benang, Benang menjahit baju kebaya; Air jernih lubuknya tenang, Jangan disangka tiada buaya.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Ada satu Putera Alam, Duduk berkira siang malam; Sungguh jernih air di kolam, Tunggul buruk ada di dalam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas