Kurik Kundi Merah Saga | Kayu selipat kayu di paya, Kayu mempayan condong ke padi; Keempat-empat muda sebaya, Ada seorang jatuh hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau kecil hulunya gewang, Jatuh ke kaki haram tak luka; Dara kecil permainan abang, Jatuh hati haram tak lupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil beliung tetak ke kempas, Jatuh ke kaki haram tak luka; Sungguh cium bertukar nafas, Jatuh ke hati haram tak lupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Permata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau memetik bunga selasih, Dihanyut mari ke Sungai Ceni; Bila hati dah jatuh kasih, Nama yang busuk pun jadi wangi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau memetik bunga selasih, Dihanyut mari ke Sungai Ceni; Bila hati dah jatuh kasih, Nama yang busuk pun jadi wangi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jatuh berserak di dalam padi, Anak belangkas beruang perahu; Kalau berhajat di dalam hati, Khabar lekas supaya kutahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung dari utara, Jatuh sekuntum melayang-layang; Bagaimana hati tidak gila, Tidur malam terbayang-bayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung kembang tak jadi, Jatuh berserak di rumpun buluh; Hancur hati kerana budi, Di dalam air badan berpeluh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau purut jatuh ke pangkal, Sayang selasih condong ke barat; Hujan ribut dapat kutangkal, Hati rindu apa ubat? |