Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.bang] | تومبڠ

Definisi : 1. jatuh (benda yg tegak), rebah: pokok getah yg telah tua itu ~ sebatang demi sebatang; 2. ki jatuh atau runtuh (kerajaan, negara, dll): Port Arthur ~ pd hari terakhir tahun 1904; 3. ki disembelih (binatang spt kerbau, lembu, dll): dua ekor lembu jantan ~ dan berpuluh-puluh ekor ayam lagi meng­ikutinya; ~ harapan putus harapan; menumbangkan 1. menjadikan tumbang (pokok yg besar-besar dll), meruntuhkan, merobohkan: pokok yg akarnya tidak kuat, mudah sahaja ditumbangkan oleh ribut; 2. ki menjadikan runtuh atau roboh (kerajaan, negara, dll), menghancurkan, memusnahkan: pelajar-pelajar yg pd mulanya mengikut saja apa kata pemerintahnya akhirnya melawan balik ~ kerajaan; berbagai-bagai cara musuh-musuhnya mencari jalan utk ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bang] | تومبڠ

Definisi : Mn = ~ keladi (pisang, ubi) sj makanan drpd keladi (pisang, ubi) yg ditum­buk halus-halus dan digaul dgn gula dan kelapa parut; menumbang membuat tumbang (keladi, pisang, ubi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bang] | تومبڠ

Definisi : 1 jatuh (ttg benda tegak); rebah. Pokok pisang itu ~ ditiup angin. 2 jatuh atau runtuh (ttg kerajaan dll). menumbangkan 1 menjadikan tumbang atau rebah; merebahkan. 2 me­robohkan sesuatu kerajaan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbang (kata kerja)
Bersinonim dengan jatuh, rebah, runtuh, roboh, gugur, luruh, tergolek, terbaring, tertiarap, tersungkur, terbalik, rontok, rampak;,
Kata Terbitan : menumbangkan,

Puisi
 

Kalau ke sini tumbang keranji,
     Habislah ranap pokok pinang;
Kalau begini rupanya janji,
     Bilalah cakap boleh dipegang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Kayu yang tumbang itu,
     kura-kura pun hendak memanjatnya.

Bermaksud :

Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. (Bandingkan dengan: Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTetak buluh tumbang ke gunung, Anak ular ada di dalam; Petang-petang duduk termenung, Ingatkan kasih bertambah dendam.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ke sini tumbang keranji, Habislah ranap pokok pinang; Kalau begini rupanya janji, Bilalah cakap boleh dipegang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ke sini tumbang keranji, Habislah ranap pokok pinang; Kalau begini rupanya janji, Bilalah cakap boleh dipegang.
Kurik Kundi Merah SagaPokok berembang pokok bidara, Tumbang berpaut di dahan bakau; Kalau tuah memang ada, Jatuh ke laut menjadi pulau.
Kurik Kundi Merah SagaApa dikutip pisang nak tumbang, Cincin permata di dalam cawan; Apa kisik abang nak pulang, Air mata sepanjang jalan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan menebang jati, Kalau tumbang saya tolakkan; Kalau tuan mencari ganti, Kalau kurang saya sorakkan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan menebang jati, Kalau tumbang saya tolakkan; Kalau tuan mencari ganti, Kalau kurang saya sorakkan.
Kurik Kundi Merah SagaBukan saya menutuh keranji, Sebiar rempek tumbang jangan; Betullah betul mencari ganti, Sebiar lebih kurang jangan.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik menebang jati, Biar serpih tumbang jangan; Baik-baik mencari ganti, Biar terlebih kurang jangan.
Kurik Kundi Merah SagaMak! Mak! Mintaku lada, Hendak menyayur pisang tumbang; Mak! Mak! Mintaku janda, Janda muda beranak seorang.
12

Kembali ke atas