world government | kerajaan dunia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang inginkan satu pemerintahan mentadbir keseluruhan dunia tanpa sempadan negara. Fahaman ini melihat kewujudan negara yang berbilang akan menimbulkan konflik dan persaingan. Oleh itu, fahaman ini mencadangkan agar dunia ditadbir oleh satu kerajaan yang disebut sebagai kerajaan dunia. Secara tidak langsung, fahaman ini berpegang kepada gagasan keamanan, kestabilan, keharmonian dan tidak suka pada sebarang bentuk konflik. |
international boundary | sempadan antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Garisan sempadan geografi yang mengasingkan negara di dunia. Sempadan ini menentukan bidang kuasa sesebuah negara yang meliputi kawasan geografi dalam lingkungan garisan sempadan tersebut. Sebarang aktiviti yang dijalankan oleh negara asing dalam sempadan sesebuah negara tanpa kebenaran negara tuan rumah dianggap sebagai satu pencerobohan. Contohnya, jet pejuang tentera Singapura sering menceroboh ruang udara Malaysia. |