Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pertama (kata tugas)
1. Dalam konteks kedudukan
bersinonim dengan julung, yang mula sekali, julung kali, awal-awalnya, asal-asalnya,
Berantonim dengan akhir

2. Bersinonim dengan terutama: terpenting, paling penting, paling utama,

Kata Terbitan : pertama-tama,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interkinesisinterkinesisBiologiHistologi dan Sitologi1. Tempoh interfasa singkat di antara peringkat pembahagian meiosis yang pertama dengan peringkat yang kedua dan pereplikatan DNA-nya tidak berlaku. 2. Interfasa.
interphaseinterfasaBiologiHistologi dan Sitologi1. Kala di antara dua tahap atau peringkat mitosis yang berturutan. intermitosis. 2. Kala di antara peringkat pembahagian meiosis sel yang pertama dengan peringkat yang kedua, iaitu apabila perepikatan DNA-nya tidak berlaku dan nukleusnya disusun semula pada penghujung pembahagian pertama. interkinesis.
wait orderiklan tunggu masaKomunikasiKorporatKaedah menangguhkan penyiaran atau penerbitan iklan bagi memenuhi sesuatu strategi syarikat pengiklanan. Melalui kaedah ini, penyiaran atau penerbitan iklan tidak dilakukan sehingga mendapat kebenaran untuk meneruskan atau menghentikan penerbitan atau penyiaran nya. Kaedah ini dilakukan disebabkan oleh beberapa kemungkinan utama, Pertama, sekiranya syarikat ingin membuat penjenamaan semula syarikat dan barangannya, sedangkan iklan tersebut telah disediakan lebih awal, maka penyiaran dan penerbitan iklan berkenaan perlu ditangguhkan sehingga pihak syarikat mendapat sesuatu ketetapan berkaitan dengan strategi pengiklanan syarikat. Jenis ketetapan boleh dalam bentuk mengubah suai iklan yang sedia ada supaya dapat memenuhi keperluan semasa atau membatalkan penyiaran dan penerbitan iklan berkenaan. Kedua, sekiranya syarikat berada dalam keadaan bermasalah, maka kaedah menangguhkan penyiaran atau penerbitan iklan sedemikian akan dilakukan.
Commedia dell�artecommedia dell�arteKesusasteraanTiadaBentuk drama komik yang terdapat di Itali pada pertengahan kurun ke-16. Dua aspek penting commedia dell arte ialah improvisasi dan watak stok. Para pelakon mengimprovisasikan cerita berdasarkan senario cerita. Gaya persembahan- nya hampir sama dengan bangsawan yang menggunakan improvisasi dan watak stok. Watak stok boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, watak lurus yang diwakili oleh remaja atau orang muda yang sedang bercinta, dan watak tampak cerdik, kacak dan berpelajaran. Orang muda atau hero dikenali sebagai innamorato atau amoroso, manakala heroin dipanggil innamorata. Kedua, watak luar biasa yang beraksi dan berkelakuan secara berlebih-lebihan. Contohnya, capitano, pantalone, dottore dan harlequin.

Kembali ke atas