Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.pa.la] | برکڤالا

Definisi : mempunyai atau memakai kepala (dlm berbagai-bagai erti): maka dilihat Seri Rama seorang raksasa itu tiada ~ dan tiada bertangan; cerita tiada ~ cerita tidak berjudul (bertajuk); pasukan tidak ~ pasukan tidak berketua; ~ batu keras hati, sangat degil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.pa.la] | برکڤالا

Definisi : ada kepalanya. orang ~ dua ki orang yg memihak ke sana ke sini; orang yg tidak berpendirian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepala (kata nama)
1. Bersinonim dengan jemala: tendas, akal, otak, fikiran, minda,

2. Bersinonim dengan ketua: pemimpin, penghulu, pengurus, pengelola, kapten, batin, pengarah, penggawa, mandur, penyelia, majikan, presiden, raja, imam, penasihat, guru, pemandu, khalifah, lurah, gabenor, nakhoda, juragan, jurumudi, panglima, hulubalang, sintua, juara, tekong,

3. Dalam konteks surat
bersinonim dengan tajuk, pendahuluan, permulaan,

4. Dalam konteks perkiraan
bersinonim dengan orang, individu,

5. Bersinonim dengan tangkai: hulu, pemegang,

Kata Terbitan : berkepala, berkepalakan, mengepalai,

Peribahasa

Sekerat ular,
     sekerat belut.

Bermaksud :

Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ular berkepala dua).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ditawan Raksaksa Berkepala TigaYulis Hj. AlwiMingguan Wanita17.08.1984
Cerita Tak BerkepalaNoor S. IUtusan Zaman24.10.1954
Kisah manusia berkepala raksasaNasir AhmadMedia Islam04.10.1991
Dia Ini Ular Berkepala DuaAzdiUtusan Zaman17.01.1988

Kembali ke atas