Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.bang] | تومبڠ

Definisi : 1. jatuh (benda yg tegak), rebah: pokok getah yg telah tua itu ~ sebatang demi sebatang; 2. ki jatuh atau runtuh (kerajaan, negara, dll): Port Arthur ~ pd hari terakhir tahun 1904; 3. ki disembelih (binatang spt kerbau, lembu, dll): dua ekor lembu jantan ~ dan berpuluh-puluh ekor ayam lagi meng­ikutinya; ~ harapan putus harapan; menumbangkan 1. menjadikan tumbang (pokok yg besar-besar dll), meruntuhkan, merobohkan: pokok yg akarnya tidak kuat, mudah sahaja ditumbangkan oleh ribut; 2. ki menjadikan runtuh atau roboh (kerajaan, negara, dll), menghancurkan, memusnahkan: pelajar-pelajar yg pd mulanya mengikut saja apa kata pemerintahnya akhirnya melawan balik ~ kerajaan; berbagai-bagai cara musuh-musuhnya mencari jalan utk ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bang] | تومبڠ

Definisi : Mn = ~ keladi (pisang, ubi) sj makanan drpd keladi (pisang, ubi) yg ditum­buk halus-halus dan digaul dgn gula dan kelapa parut; menumbang membuat tumbang (keladi, pisang, ubi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bang] | تومبڠ

Definisi : 1 jatuh (ttg benda tegak); rebah. Pokok pisang itu ~ ditiup angin. 2 jatuh atau runtuh (ttg kerajaan dll). menumbangkan 1 menjadikan tumbang atau rebah; merebahkan. 2 me­robohkan sesuatu kerajaan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbang (kata kerja)
Bersinonim dengan jatuh, rebah, runtuh, roboh, gugur, luruh, tergolek, terbaring, tertiarap, tersungkur, terbalik, rontok, rampak;,
Kata Terbitan : menumbangkan,

Puisi
 

Kalau ke sini tumbang keranji,
     Habislah ranap pokok pinang;
Kalau begini rupanya janji,
     Bilalah cakap boleh dipegang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Kayu yang tumbang itu,
     kura-kura pun hendak memanjatnya.

Bermaksud :

Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. (Bandingkan dengan: Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
TumbangNorhisham MustafaWatan05.03.1978
TumbangShariff PuteraUtusan Zaman23.10.1966
Sami Mekong tumbang kerana seorang perempuanOmar YaacobMingguan Malaysia09.05.1976
Sami Mekong tumbang kerana seorang perempuanOmar YaacobMingguan Malaysia09.05.1976

Kembali ke atas