predentin | predentin | Perubatan | Tiada | Lapisan dentin bersempadan dengan lapisan odontoblas, terdiri daripada matriks dentin yang belum terkalsifikasi. Sinonim: dentinoid. |
coastal plain | dataran pantai | Kejuruteraan | Tiada | Dataran yang bersempadan dengan laut sehingga ke tanah tinggi yang berhampiran. |
riparian rights | hak riparian | Kejuruteraan | Tiada | Hak pemilik tanah bersempadan dengan tebing sungai atau tasik, yang bersangkut-paut dengan tuntutan kuantiti dan kualiti air. |
coastline | garis pantai | Kejuruteraan | Tiada | Garis luar yang menunjukkan tepi dataran bersempadan dengan laut. |
frontier | sempadan/ perbatasan | Geografi | Tiada | Bahagian sebuah negara atau unit politik yang bersempadan dengan negara atau unit politik yang lain. |
transfrontier protected area | kawasan lindungan rentas sempadan | Kejuruteraan | Tiada | Kawasan lindungan yang bersempadan dengan lebih daripada dua negara atau negeri. |
step | langkah; anak tangga | Kejuruteraan | Tiada | Ofset pada dinding lubang yang melalui perisai, atau pada palam bersempadan atau pada tutupan lain dan apabila lubang tersebut ditutup, bahagian yang merapat akan membentuk sambungan siku-siku. |
region fill | isi kawasan | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah yang membolehkan mengisi warna atau corak dalam kawasan bersempadan pada suatu imej grafik. Misalnya pada perisian Paint keluaran Microsoft, isi kawasan merujuk kepada tindakan menggunakan alat berbentuk seperti bakul untuk memenuhi kawasan tertentu dalam sempadan dengan warna atau corak tertentu. |
gallery forest | hutan pinggir | Perhutanan | Tiada | Hutan yang tumbuh sepanjang kawasan pengaliran atau mempunyai sumber air yang bersempadan dengan satu kawasan yang tidak berpokok. |
calcific bridge formation | pembentukan jambatan kalsifik | Pergigian | Tiada | Proses berlakunya satu lapisan dentin berkalsifik di atas bumbung pulpa bersempadan dengan bahan restorasi untuk melindungi kawasan pulpa yang terdedah disebabkan karies atau trauma. Lapisan ini terbentuk disebabkan rangsangan simen kalsium hidroksida yang diletakkan di atas kawasan pulpa yang terdedah. Lapisan ini terbentuk dalam tempoh empat hingga enam minggu setelah peletakan simen. |