Rockwell hardness | kekerasan Rockwell | Kejuruteraan | Polimer | Kekerasan bahan polimer sebagai satu nilai daripada ujian pelekukan. Dengan menggunakan beban dan saiz pelekuk yang berbeza-beza, ujian kekerasan Rockwell memberikan skala kekerasan berbilang seperti skala C untuk logam, dam skala R, L, M, E, K untuk plastik. |
hardness test | ujian kekerasan; ujian keliatan | Geologi | Tiada | 1. Ujian keliatan: Ujian untuk menentukan kandungan kalsium dan magnesium air.,2. Ujian kekerasan: Ujian untuk menentukan kekerasan relatif suatu logam, atau bahan-bahan lainnya mengikut skala tertentu, seperti skala Brinell, Mohs, atau Shore. |
Rockwell hardness | kekerasan Rockwell | Kejuruteraan | Tiada | Ukuran kekerasan bahan seperti yang ditentukan melalui ujian kekerasan Rockwell. |
indentation bardness | kekerasan lekuk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Kekerasan bahan yang ditentukan oleh saiz pelekukan akibat tindakan alat pelekuk yang dikenakan beban tetap. Kekerasan ini juga boleh ditentukan melalui magnitud beban yang diperlukan untuk menghasilkan lekukan dengan kedalaman yang telah ditetapkan. Pelekuk yang digunakan terdiri daripada mata tajam atau mata bulat bergantung pada keperluan ujian. Alat yang digunakan untuk mengukur kedalaman lubang lekuk ialah meter keras. |
non-violence | tanpa kekerasan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Strategi politik yang digunakan oleh pihak tertentu bertujuan untuk membangkang penggunaan kekerasan oleh kerajaan. Strategi ini biasanya melibatkan demonstrasi atau tunjuk perasaan secara aman. Mahatma Gandhi terkenal dengan strategi tanpa kekerasan dalam pergerakan kebangsaan India. Ramai ahli politik mendapat inspirasi daripada perjuangan Gandhi dan menggunakan cara tanpa kekerasan dalam bangkangan politik mereka. |
hardness test | ujian kekerasan | Farmasi | Farmaseutik | Ujian untuk menentukan tahap kekerasan. Ujian ini merupakan salah satu ujian kawalan mutu yang dilakukan ke atas bentuk dos tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan. Lihat juga kekerasan tablet. |
hardness | kekerasan;; keliatan (air) | Geologi | Tiada | 1. Kekerasan: Ketahanan mineral terhadap penggoresan.,2. Keliatan: Sifat air yang mencegah pengeluaran buih sabun yang banyak disebabkan terutamanya oleh bikarbonat, klorida, dan sulfat dari kalsium dan magnesium. |
hardness test | ujian kekerasan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ujian untuk menentukan kekerasan lapisan atas cat. |
Moh's scale of hardness | skala kekerasan Moh | Geologi | Tiada | Piawai kekerasan mineral yang merupakan suatu siri nombor dari satu hingga sepuluh yang sepadan dengan mineral-mineral rujukan, iaitu talkum 1., gipsum 2., kalsit 3., fluorit 4., apatit 5., ortoklas 6., kuarza 7., topaz 8., korundum 9., dan intan 10.. |
Moh hardness scale | skala kekerasan Moh | Fizik | Mekanik | Skala yang digunakan untuk menyukat kekerasan bahan mengikut kaedah berikut: Sebuah kon keluli dibiarkan jatuh terhempas dari paras tertentu ke atas bahan diukur. Bahan akan tergaris menurut kekerasannya. Kesan kon keluli terhadap bahan yang diuji tersebut dibandingkan dengan kesan terhadap 10 bahan piawai. Bahan piawai ialah (t) talkum, (2) garam batuan, (3) kalspar, (4) fluorspar, (5) apatit, (6) feldspar, (7) kuartza, (8) topaz, (9) korundum dan (10) berlian. |