plant competition | persaingan tanaman | Pertanian | Agronomi | Interaksi antara individu tanaman dalam sebuah populasi yang melibatkan persaingan. Persaingan berlaku disebabkan oleh keperluan terhadap faktor seperti cahaya matahari, air atau zat pemakanan. Tahap persaingan menjadi lebih ketara jika populasi tanaman terlalu banyak berbanding dengan bekalan sumber keperluan. |
crop competition | persaingan tanaman | Pertanian | Agronomi | Persaingan dalam suatu kawasan, sama ada persaingan antara tanaman dengan rumpai, persaingan antara tanaman yang berbeza, atau persaingan antara tanaman yang sama. Contohnya, keupayaan sesuatu tanaman untuk mengatasi penularan rumpai ke dalam kawasan tanaman melalui tumbesaran tanaman yang agresif dan tidak memberi peluang kepada rumpai untuk merebak. Satu cara persaingan tanaman dapat ditingkatkan ialah dengan menanam biji benih dengan kadar yang tinggi dan ditanam dalam barisan yang rapat. Dengan cara ini, tanaman akan cepat menutupi kawasan dan menghindarkan rumpai bercambah dan memberi saingan kepada tanaman. |
competition policy | dasar persaingan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Dasar yang mengawal kegiatan ekonomi yang memudaratkan persaingan dalam pasaran. Dasar persaingan bertujuan untuk mencegah pengusaha atau peniaga daripada menyalahgunakan kuasa pasaran dan mengamalkan aktiviti yang disifatkan sebagai antipersaingan. Matlamat utama dasar ini adalah untuk meningkatkan persaingan dalam kalangan peniaga yang seterusnya akan mewujudkan pengusaha yang dinamik, menggalakkan perniagaan dan meningkatkan inovasi bagi membangunkan produk baharu yang lebih berkualiti dengan kecekapan kos. Pada umumnya, dasar persaingan di kebanyakan negara meliputi perjanjian antipersaingan, penyalahgunaan kedudukan dominan dan peraturan antipersaingan melalui penggabungan dan pengambilalihan. Contoh perjanjian antipersaingan ialah aktiviti penetapan harga, perjanjian pembahagian pasaran, membatas atau mengawal pengeluaran. Contoh penyalahgunaan kuasa dominan pasaran oleh sesuatu perusahaan ialah menetapkan harga belian atau jualan yang tidak adil atau penjualan barangan atau perkhidmat |
population competition | persaingan populasi | Pertanian | Agronomi | Persaingan dalam sesuatu populasi untuk mendapatkan sumber persekitaran seperti nutrien, air, dan cahaya. Persaingan ini boleh berlaku antara spesies atau sesama spesies. Contohnya, dalam hutan hujan, persaingan berlaku antara pokok untuk mendapatkan cahaya. |
competitive intelligence | risikan saingan | Pengurusan | Perancangan | Suatu tindakan mengumpul dan menganalisis maklumat tentang persaingan, pasaran dan persekitaran persaingan yang digunakan sebagai asas untuk membuat keputusan strategik. Sumber maklumat risikan tentang persaingan boleh diperoleh melalui pengumuman pengurusan tertinggi syarikat pesaing mengenai strategi dan hala tuju mereka. Antara tujuan pendekatan ini adalah untuk memperbaik kecekapan proses kerja dengan membandingkan kaedah yang dilakukan oleh pesaing. Contohnya, syarikat A mendapatkan maklumat tentang penggunaan teknologi terkini oleh syarikat B melalui promosi dan pengiklanan produk baharu mereka. |
duopoly | duapoli | Ekonomi | Tiada | Pasaran persaingan tak sempurna yang mengandungi dua pengeluar atau penjual bagi satu barangan yang bersaing untuk mendapatkan pelanggan melalui persaingan harga dan persaingan bukan harga. Untuk mengelakkan kerugian, pengeluar atau penjual mungkin berkongsi pasaran seperti membahagikan pasaran mengikut kawasan dan berjanji tidak bersaing dalam kawasan masing-masing. |
vertical competition | persaingan menegak | Biologi | Ekologi | Persaingan yang terjadi antara organisma daripada aras trofik yang berbeza. Pada ekosistem yang seimbang, bentuk persaingan ini bergantung pada hubungan mangsa dan pemangsa. Misalnya, burung hantu, Ninox scutulata akan menyerang dan memakan tikus, Rattus tiomanicus. |
parallel competition | persaingan selari | Biologi | Ekologi | Persaingan yang terjadi pada aras trofik yang sama, iaitu antara spesies yang berbeza untuk mendapatkan sumber yang sama. Misalnya, persaingan antara lembu dan rusa untuk mendapatkan rumput. |
competitive feeding | makanan persaingan | Veterinar | Tiada | Keadaan apabila berlakunya persaingan antara ternakan dalam pengambilan sesuatu jenis makanan yang diberikan. Keadaan ini bermakna sesetengah haiwan tidak mendapat makanan yang cukup akibat persaingan yang dilakukan oleh haiwan yang lebih dominan dan agresif. |
Competition Act | Akta Persaingan | Ekonomi | Tiada | Akta yang memberi perlindungan undang-undang kepada firma-firma yang lemah supaya tidak tertindas oleh firma-firma yang kuat akibat persaingan, seperti perlindungan firma kecil daripada firma besar yang mempunyai kuasa monopoli atau perlindungan firma tempatan daripada persaingan firma antarabangsa. |