Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ngut] | رڠوت

Definisi : gerutu, omelan: Aida melepaskan ~; “Tak usah cakap pasal itu lagi”, ~ Haji Maun; merengut, merengut-rengut 1. ber­sunggut-sungut, mengomel: ia menggelengkan kepala sambil ~; 2. tampak keruh atau masam mukanya, merengus; perengut pengomel, perengus; ® rungut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ngut] | رڠوت

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), Epipremnum giganteum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rengut
Rujuk :rengus, merengus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Epipremnum giganteumAkar resdungPertanianTiadaTumbuhan ini juga dikenali sebagai rengut dalam famili Araceae. Herba ini hidup secara melekat dan memanjat di batang pokok. Mempunyai daun lebar dan panjang yang tersusun berselang di batang. Herba ini mempunyai akar pernafasan yang terbit dari batang yang terjuntai ke bawah. Akar ini berfungsi untuk menyerap gas karbon dioksida. Akar pernafasan ini digunakan sebagai bahan ubatan. Akar yang telah dikeringkan dibakar hujungnya kemudian dihisap seperti rokok. Asapnya disedut dan dihembus menggunakan hidung.
Epipremnum giganteumakar resdungHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Araceae yang dikenali juga sebagai rengut. Daunnya panjang dan lebar, dan tersusun secara berselang. Akar pernafasannya tumbuh daripada batang dan terjuntai. Akar ini berfungsi untuk menyerap gas karbon dioksida. Tumbuhan ini hidup secara melekat dan memanjat pada batang pokok. Akar yang telah dikeringkan dibakar hujungnya kemudian dihisap seperti rokok, dan asapnya dikeluarkan melalui hidung untuk mengubati resdung.

Kembali ke atas