Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bk sj ma­kian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kepala (kata nama)
1. Bersinonim dengan jemala: tendas, akal, otak, fikiran, minda,

2. Bersinonim dengan ketua: pemimpin, penghulu, pengurus, pengelola, kapten, batin, pengarah, penggawa, mandur, penyelia, majikan, presiden, raja, imam, penasihat, guru, pemandu, khalifah, lurah, gabenor, nakhoda, juragan, jurumudi, panglima, hulubalang, sintua, juara, tekong,

3. Dalam konteks surat
bersinonim dengan tajuk, pendahuluan, permulaan,

4. Dalam konteks perkiraan
bersinonim dengan orang, individu,

5. Bersinonim dengan tangkai: hulu, pemegang,

Kata Terbitan : berkepala, berkepalakan, mengepalai,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
otak udangotak udangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Buchanania spp. daripada famali Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk lamak ketam dan rengas ayam, dan di Sabah termasuk kepala tundang dan kepala tundang tungkai pendek. Spesies utamanya ialah Buchanania arborescens dan B. sessifolia. Gubal kayu otak udang sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 465 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan, dikemas siap , dan dikeringkan, tetapi tidak berapa tahan. Kayu otak udang sesuai digunakan untuk kerja binaan sementara, kotak mancis dan kotak kecil.
headkepala; parlimen; ketua; tajuk; turusPerubatanTiada3. Kepala: Bahagian paling anterior daripada tubuh sesuatu haiwan, mengandung otak, organ deria, bukaan pencernaan.
encephalitisensefalitisPendidikanTiadaSatu bengkakkan pada otak atau tisu lapisan luar otak yang disebabkan oleh beberapa virus. Sesetengahnya boleh mengakibatkan perubahan saraf yang berterusan selepas bengkakkan itu berhenti. Simptomnya seperti cepat penat, koma, sakit kepala dan lumpuh.
brain freezebeku otakPerubatanTiadaRasa sakit di bahagian kepala disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang sangat sejuk.
hydrocephalushidrosefalusPerubatanTiadaKeadaan apabila terdapat cecair serebrospina yang luar biasa banyaknya di dalam ventrikel otak dan seterusnya tengkorak. Keadaan ini biasanya berlaku akibat sekatan penyaliran cecair serebrospina. Antara gejala keadaan ini termasuklah pembesaran kepala serta dahi yang membonjol, atrofi otak, kemerosotan mental dan sawan. Keadaan ini mungkin bersifat kongenital atau perolehan dan kemunculannya mungkin secara mengejut atau secara beransur-ansur.
tritocerebrumTritoserebrumBiologiEntomologiBahagian posterior otak serangga yang dibentuk oleh ganglion segmen ketiga kepala. metaserebrum.
craniumkranium/tengkorakPerubatanTiadaTengkorak kepala yang terdiri daripada tulang oksipital, frontal, sfenoid, etmoid, parietal dan temporal yang melindungi otak.
frontal ganglionganglion fronsBiologiEntomologiGanglion median di dalam kepala serangga, yang letaknya betul-betul di depan otak dan dihubungkan dengan ganglion ventrikel pada bahagian belakang esophagus. Ganglion ini membentuk bahagian sistem visera atau simpati. ganglion frons.
chaetosemaketosemaBiologiEntomologiOrgan deria yang terdapat di kepala Lepidoptera tertentu. Organ ini dibekalkan dengan bulu kejur dan sel deria yang dihubungkan kepada otak oleh saraf bermembran.
cranial nervesaraf kraniumPerubatanTiadaKumpulan 12 pasang saraf yang bermula dari otak dan membekalkan struktur dan tisu pada leher dan kepala.
123

Kembali ke atas