Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pa.dan] | سمڤادن

Definisi : 1. batas (negeri, daerah, kampung, dll), perbatasan: pertempuran berlaku di ~ Thai-Malaysia; 2. tanda garisan, (pancang dll) perbatasan atau batas; 3. (Mat) salah satu garisan lurus yg membatasi sesuatu rajah (segi tiga, segi empat, dll): rajah segi tiga ada tiga ~ dan tiga sudut; 4. ki had, takat: ia kasih kpd anaknya, tetapi kasihnya itu ada ~nya; bersempadan = ~ dgn berbatas dgn (sesuatu kawasan, daerah, dll): negeri-negeri yg ~ dgn Lautan Atlantik; bersempadankan mempunyai (sesuatu) sbg sempadan: kawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan dan ~ ladang getah; menyempadani menjadi (garis) sempadan bagi atau kpd, membatasi, memisahkan, men-ceraikan: jalan sempit yg ~ Kampung Kambing dgn bangunan-bangunan pekerja JKR; persempadanan hal yg berkaitan dgn sem-padan (spt penentuan sempadan dll): sengketa ini jelas membayangkan bahawa sebaha-gian besar masalah ~ antarabangsa khasnya di rantau ini belum lagi dapat diatasi sepenuhnya; ~ bahagian pilihan raya (Udg) perubahan yg dibuat dlm pembahagian kawasan persekutuan dan negeri kpd bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor yg dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pa.dan] | سمڤادن

Definisi : 1 sesuatu yg menjadi tanda pemisah di antara sesuatu kawasan dgn kawasan lain; tanda yg menunjukkan had sesuatu kawasan; batas: Aji Saka dan dua orang pengiringnya sampailah ke Gunung Kidul di ~ negeri Medang Kawulan. 2 had atau takat bagi sesuatu (perasaan dsb): Kasih seseorang ayah kpd anaknya ada ~nya. 3 garis lurus yg membatasi sesuatu rajah, spt pd rajah segi tiga atau segi empat; sisi. ~ bersebelahan dua sempadan yg membentuk satu sudut. bersempa­d­an ada sempadannya; berbatas. ber­­­sem­padankan mempunyai sesuatu sbg sempadan; berbataskan. menyempadani menjadi atau me­rupakan sempadan pd; membatasi: Benua Amerika Utara disempadani oleh tiga buah lautan. persempadanan perihal atau yg berkaitan dgn sempadan (penentuan sempadan dll): Sengketa ini jelas memba­yangkan bahawa sebahagian besar masalah ~ antarabangsa belum lagi dpt di­atasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempadan (kata nama)
1. Bersinonim dengan perbatasan: tapal batas, batas,

2. Bersinonim dengan had: takat, batas, perenggan, aras, sarhad, hudud, enggat, sakat, senggat, takuk, tenggat, perhinggaan, paras, sangkat, ketentuan, garisan.,

3. Bersinonim dengan tepi: sembiran, pinggir, bidang, hasyiah, birai, sering, gigi, lereng, tebing, susur, kembi,
Berantonim dengan tengah

Kata Terbitan : bersempadan, bersempadankan, menyempadani,

Puisi
 

Limau lelang tengah sempadan,
     Petik orang bawa ke hulu;
Rimau menderam tengah hutan,
     Monyet siamang gemangkan bulu.


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Sains.indb 140 7/8/08 11:47:52 AM 141 bed delineating tool (alat penyerlahan lapisan) Peranti pengelogan telaga yang boleh digunakan untuk memberikan maklumat yang berkesan tentang kedudukan sempadan perlapisan batuan. Contohnya, log sinar gama dan log swakeupayaan. (KEJ) bedrock (batu dasar) Batuan yang di bawahnya tiada lagi lapisan tanah. (KEJ) bedsore (kudis tekanan) Inflamasi dan ulser yang terjadi yang lebih tinggi. (KOM) bound charge (cas terikat) Cas elektrik yang terikat kepada atom atau molekul. (FIZ) bound vector (vektor terikat) Lihat fixed vector. (FIZ) boundary layer flow (aliran lapisan sempadan) Aliran dengan sebahagian daripada pengaliran bendalir dipengaruhi oleh per- mukaan pepejal yang menyempadaninya. (KEJ) Bourdon gauge (tolok Bourdon) Tolok untuk menyukat tekanan atmosfera. Alat ini terdiri daripada salur logam pipih

Kembali ke atas