kelahi | peristiwa atau kejadian bergaduh (dgn bertinju atau dgn mulut saja): Selesai ~ teringat silat. berkelahi bergaduh (tinju-meninju atau kata-mengatai); berbalah; bertengkar (kerana sesuatu perkara): Tidak baik kita ~ sesama sendiri. memperkelahikan 1 menyebabkan orang berkelahi. 2 memperebutkan sesuatu dgn berkelahi. perkelahian perbuatan atau hal berkelahi; pergaduhan; perbalahan; pertengkaran: Satu ~ yg hebat telah berlaku antara suami isteri itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelahi | peristiwa atau kejadian bergaduh (dgn bertinju atau dgn mulut saja): Selesai ~ teringat silat. berkelahi bergaduh (tinju-meninju atau kata-mengatai); berbalah; bertengkar (kerana sesuatu perkara): Tidak baik kita ~ sesama sendiri. memperkelahikan 1. menyebabkan orang berkelahi. 2. memperebutkan sesuatu dgn berkelahi. perkelahian perbuatan atau hal berkelahi; pergaduhan; perbalahan; pertengkaran:Satu ~ yg hebat telah berlaku antara suami isteri itu. | Kamus Pelajar |
kelahi | pertengkaran, perbalahan, pergaduhan; sehabis ~ teringat silat prb setelah selesai sesuatu perkara atau pekerjaan, baru teringat cara yg baik menyelesaikannya; berkelahi bertengkar, berbalah, bergaduh: riuh-rendah bunyi orang ~; ~ di ekor alahan prb memperdebatkan perkara kecil atau perkara yg sudah selesai; ~ dlm mimpi prb a) tiba-tiba bersikap spt orang telah berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja; ~ dgn orang tak berambut prb berkelahi (berselisihan) dgn orang yg rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya; bagai ~ dlm kapuk (kepuk) prb perihal sesuatu perkara yg tidak mudah diselesaikan; memperkelahikan 1. menyebabkan (orang) berkelahi; 2. merebutkan (memperjuangkan) sesuatu dgn berkelahi; 3. melawan berkelahi, menyerang; perkelahian pertengkaran, perbalahan, pergaduhan: terjadilah ~ hebat antara suami isteri itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menantang | mengajak berkelahi (bertanding dsb); mencabar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cekak III | Mn kelahi; bercekak berkelahi; cakak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cakak I | Mn kelahi, perkelahian; bercakak berkelahi, berbantah; pencakak suka berkelahi; ®cekak III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tantang | ; menantang mengajak berkelahi (bertanding dsb); mencabar. tantangan ajakan utk berkelahi dsb; cabaran. penantangan perbuatan atau hal menantang. penantang orang yg menantang; pencabar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memperlawankan | 1. membuat supaya berkelahi (bermusuh, berlaga, dll), memperlagakan, mengadu; 2. menjadikan bertentangan (berlawanan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percung | Tr sengaja: Semek ~ mencari alasan kelahi dgn suaminya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersiregang | berkeras-kerasan, bertegang-tegangan, berkelahi; berseregang mulut bertengkar, berbantah keras; | Kamus Dewan Edisi Keempat |