Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
keras
1. Bersinonim dengan kuat
( kukuh, teguh, tegap, liat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

2. Bersinonim dengan bersungguh-sungguh
( giat, tekun, tekal, ceka, nekad, tabah, sepenuh hati, penuh minat, )
(adverba:)
Berantonim dengan sambil lewa

3. Bersinonim dengan tegas
( teguh pendirian)
(adjektif:)
Berantonim dengan tolak ansur

4. Dalam konteks kawalan
bersinonim dengan ketat, rapi,
(adjektif:)
Berantonim dengan longgar

5. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, tenat, berat, payah, yang membahayakan,
(adjektif:)
Berantonim dengan ringan

6. Bersinonim dengan hebat
( kuat, gagah, berani, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lemah

7. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kencang, deras, kuat, laju,
(adjektif:)

8. Dalam konteks suara bunyi
bersinonim dengan nyaring, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut, lunak

9. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kesat, kasar, tidak sopan, biadap,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

10. Bersinonim dengan berpuaka
( berhantu, berpenunggu, )
(kata kerja:)

11. Dalam konteks minuman
bersinonim dengan memabukkan, beralkohol,
(kata kerja:)

12. Dalam konteks kritikan
bersinonim dengan pedas, tajam,
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkeras, mengeras, mengerasi, mengeraskan, terkeras, kekerasan, pengerasan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keras1 kuat lagi kukuh dan tidak mudah pecah atau tidak mudah berubah keadaannya: Keluli lebih ~ drpd besi. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn giat; kuat: Dia terpaksa bekerja ~ utk mengumpulkan wang. 3 bersifat memaksa; tidak bertolak ansur (bkn peraturan dll): Merokok di gudang kertas dilarang ~. 4 kuat dan nyaring (bkn suara, bunyi): Dia bercakap dgn suara yg ~ kpd orang-orangnya. 5 dpt memabukkan (bkn minuman dll); sangat kuat kesannya (bkn ubat dll); rangsang (bkn bau dll): Dia mabuk kerana terlalu banyak minum minuman ~. Terlalu ~ bau gas ini. ~ hati tidak mahu mengikut kata orang; degil. ~ kepala tidak mahu mengalah atau tidak mahu menurut. berkeras tidak mahu mengalah atau tidak mahu bertolak ansur; tidak berganjak dr pendiriannya: Dia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah. mengeras menjadi keras: Agar-agar itu ~ apabila disejukkan. mengerasi 1 bertindak keras terhadap; memperlakukan dgn keras: Anaknya terlalu manja kerana tidak pernah dikerasi. 2 menyuruh dgn paksa; memaksa; menggagahi: Dia tidak suka ~ orang-orang bawahannya. mengeraskan 1 menjadikan keras: Mereka ~ tanah liat itu dgn cara pembakaran. 2 menyaringkan suara; menguatkan usaha dll. memperkeras menjadikan lebih atau bertambah keras. kekerasan 1 perbuatan yg keras; kekuatan: Orang-orang yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah ditangkap. 2 keadaan atau sifat keras; kekuatan; kekukuhan: ~ kulitnya menyebabkan buah itu sukar dikupas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
regangtidak kendur, kencang, tegang (tali yg ditarik, kain yg direntangkan, dll); beregang-regang 1. merentang-rentangkan anggota badan utk bersiap-siap (hendak ber­tumbuk dll); 2. = berseregang, ber­siregang berkeras-kerasan, bertegang-tegangan, ber­kelahi; berseregang mulut bertengkar, ber­bantah keras; meregang 1. menjadi tegang (tidak kendur): dawai telefon mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk; bengkak ~; 2. merebut dgn paksa, menarik, menyentak, merenggut; merebut ~ merebut dgn paksa; ~ badan menarik-narik badan (hampir mati); ~ diri menegang-negangkan diri (kerana kesakitan dll); ~ hidupnya sengsara hidupnya; ~ jiwa (nyawa) hampir-hampir mati; ~ telinga menarik (memilin) telinga; meregangkan menjadikan regang, menarik supaya regang, menegangkan (tali dll), mem­bentangkan (kain dll) tegang-tegang, meng­hulurkan (kaki, tangan) tegang-tegang: dia ~ kedua-dua belah tangannya; teregang diregangkan, menjadi regang: dawai yg ~ di dlm kamar; regangan sesuatu yg regang, tegangan; keregangan keadaan regang, ketegangan; peregangan perihal (perbuatan) me­regang­kan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
jerit Ijeritan; menjerit 1. berteriak kuat-kuat, memekik: pencuri itu mengugut hendak membunuhnya kalau ia ~; 2. mengeluh (kerana kesusahan, penderitaan, dll); terjerit-jerit menjerit berulang kali dan dgn tidak menentu, terpekik-pekik: anak itu menangis ~; ~ bagai kucing biang prb perempuan yg tiada malu bercakap dgn suara keras; jeritan 1. panggilan atau teriakan yg kuat (kerana kesukaran, kesakitan, ketakutan, dll), teriakan, pekikan: diperintahnya anak itu dgn ~; 2. keluh-kesah (kerana menderita sesuatu yg berat spt kesakitan, kemiskinan, dll): mereka tidak mengendahkan ~ kaum ibu utk kebebasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mahu1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggasak1. melantak, memukul keras-keras: ia digasak oleh lawannya hingga pengsan; 2. menghentam, mengerjakan dgn keras-keras, makan (lari dll) dgn cepat-cepat: biarlah ia ~ sendiri rojak itu; 3. merebut dgn kekerasan: dia yg ~ duit saya dr dlm saku; 4. bk bersetubuh dgn (perempuan);Kamus Dewan Edisi Keempat
gasakbp ikut suka (hati), biar (utk melakukan sesuatu), lantak;menggasak 1. melantak, memukul keras-keras: ia digasak oleh lawannya hingga pengsan; 2. menghentam, mengerjakan dgn keras-keras, makan (lari dll) dgn cepat-cepat: biarlah ia ~ sendiri rojak itu; 3. merebut dgn kekerasan: dia yg ~ duit saya dr dlm saku; 4. bk bersetubuh dgn (perempuan);menggasakkan melantakkan, memasukkan (dgn keras): ~ baji.Kamus Dewan Edisi Keempat
kematu1. = keras ~ sangat keras: kulit tapak kakinya menjadi keras ~; buah manggis itu sudah ~; 2. kulit keras atau tebal yg terbentuk pd bahagian kaki disebabkan geseran atau tekanan; berkematu menjadi kematu: tangan yg kasar dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kematu1 kulit yg keras atau tebal yg terbentuk, terutamanya pd bahagian kaki (disebabkan geseran atau tekanan). 2 = berkematu keras: keras ~ sangat keras.Kamus Pelajar Edisi Kedua
muafakat1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah dgn kata Lak-samana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, pe­nyataan setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ; mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan, pem­bicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun be-layarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4. be­runding (bermesyuarat) dgn: hendaklah eng-kau ~ segala menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara; semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm rombongan itu sendiri; bermuafakat berunding (utk mencapai se­suatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras; memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui; memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl memper­setujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; kemuafakatan 1. perihal muafakat (men­dapatkan kata sepakat), kesepakatan: apa-bila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, per­janjian: dgn ~ segala orang besar; permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi.Kamus Dewan Edisi Keempat
gedorJk; menggedor 1. mengetuk keras-keras (pintu dll): ia pergi ~ pintu bilik Hasan dgn marahnya; 2. merampas, merompak; gedoran 1. ketukan keras di pintu dll; 2. hasil rampasan; penggedoran perihal atau perbuatan menggedor; penggedor perompak, penyamun.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas