mengepalai | menjadi kepala (penghulu, pemimpin) dlm sesuatu kumpulan; mengetuai; memimpin: Beliau sendiri yg ~ angkatan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengepalai | menjadi kepala (penghulu, ketua, pemimpin, dll) kpd, memimpin, mengetuai: lembaga yg baru ditubuhkan itu dikepalai oleh seorang ahli Parlimen; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengepalai | menjadi kepala (penghulu, pemimpin) dlm sesuatu kumpulan; mengetuai; memimpin:Beliau sendiri yg ~ angkatan itu. | Kamus Pelajar |
ketua | 1. orang yg tertua dan banyak pengalamannya (dlm kampung dll); 2. orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll); berketuakan mempunyai seseorang sbg ketua: perkumpulan itu ~ seorang wanita; mengetuai mengepalai (pertubuhan dll), memimpin, menjadi ketua kpd: Menteri Luar Negeri itu ~ perwakilan negerinya ke persidangan tersebut; mengetuakan 1. mengetuai: pasukan itu diketuakan oleh Panglima Leman; 2. mengangkat (melantik) menjadi ketua, memandang (menyifatkan, menganggap) sbg ketua; pengetua orang yg mengetuai (mengepalai), ketua; ~ maktab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memimpin | 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imam | 1 orang yg mengepalai sembahyang yg dilakukan beramai-ramai (berjemaah). 2 orang yg menjadi penganjur atau pemimpin sesuatu ajaran (negara dll): ~ Yaman raja negara Yaman. ~ Mahdi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman utk menyelamatkan umat Islam. ~ perang orang yg memimpin sesuatu pasukan perang. ~ yg empat empat orang penganjur (iaitu Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki) yg menjadi ikutan sebahagian besar umat Islam sekarang. berimamkan 1 memilih atau menjadikan seseorang sbg imam (ketika sembahyang berjemaah): Kami bersembahyang jemaah ~ Ustaz Yazid. 2 mempunyai seseorang sbg pemimpin atau ketua; berketuakan. mengimami menjadi imam (ketika sembahyang berjemaah); mengepalai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imam | 1. orang yg mengepalai sembahyang yg dilakukan beramai-ramai (berjemaah). 2. Orang yg menjadi penganjur atau pemimpin sesuatu ajaran (negara dll): ~ Yaman raja negara Yaman. ~ Mahdi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman utk menyelamatkan umat Islam. ~ perang orang yg memimpin sesuatu pasukan perang. ~ yg empat empat orang penganjur (iaitu Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki) yg menjadi ikutan sebahagian besar umat Islam sekarang. berimamkan 1. memilih atau menjadikan seseorang sbg imam (ketika sembahyang berjemaah): Kami bersembahyang jemaah ~ Ustaz Yazid. 2. Mempunyai seseorang sbg pemimpin atau ketua; berketuakan. mengimami menjadi imam (ketika sembahyang berjemaah); mengepalai. | Kamus Pelajar |
mengetuai | mengepalai (pertubuhan dll), memimpin, menjadi ketua kpd: Menteri Luar Negeri itu ~ perwakilan negerinya ke persidangan tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengepala | orang yg mengepalai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengetuai | menjadi ketua kpd; mengepalai; memimpin: Beliau telah ~ pasukan tsb sejak dua tahun yg lalu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |