menyuramkan | menjadikan suram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyuramkan | menjadikan suram (buram, pudar, dll), memuramkan, memudarkan: jalan ke rumahnya yg gelap makin ~ pandangannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyuramkan | menjadikan suram. | Kamus Pelajar |
suram | menyuramkan menjadikan suram. | Kamus Pelajar |
menyilamkan | 1. menggelapkan, mengelamkan, menyuramkan; 2. menenggelamkan, membenamkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memudarkan | menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dll), menyuramkan: kestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan 2020; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengelamkan | 1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadikan (agak) gelap, menyuramkan, menggelapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silam I | 1. gelap (cuaca), kelam, suram: ~ tidak lagi nampaknya terang; 2. sudah terbenam (matahari); 3. telah lampau (lalu): semuanya itu adalah cerita dahulu, kisah zaman ~ yg hanya dapat dikenang-kenang sahaja; menyilamkan 1. menggelapkan, mengelamkan, menyuramkan; 2. menenggelamkan, membenamkan; tersilam kemalaman; kesilaman keadaan (zaman silam). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suram | 1 tidak berapa terang (bkn cahaya); kurang cahayanya; agak gelap; redup: Cahaya matahari pun ~. 2 tidak bercahaya (bkn batu permata, barang kemas dll); buram. 3 tidak berseri (bkn muka, mata dll); muram: Dgn wajah yg ~, dia pergi meninggalkan kampungnya. menyuram menjadi suram (bkn cuaca dsb). menyuramkan menjadikan suram. kesuraman keadaan suram; kemuraman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelam I | 1. tidak berapa terang (bkn cahaya, keadaan hari, dll), (agak) gelap, suram: hari sudah mulai ~; ia berada dlm cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang atau jelas kelihatan (bkn tulisan, benda, dll), kabur; 3. kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dgn terang, kabur: surat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~; ~ baja petang hari (kira-kira pukul empat); ~ lebam (pekat, keciak, kelimut) ark sangat gelap, gelap-gelita; ~ disigi, lekung ditinjau prb sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama; mengelamkan 1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadikan (agak) gelap, menyuramkan, menggelapkan; kekelaman perihal kelam, kegelapan: dlm ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri; pengelaman perihal atau perbuatan mengelamkan, penggelapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |