suram-suram gelap | sedikit gelap (sehingga tidak kelihatan nyata), samar-samar, sabur limbur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suram-suram | ; ~ gelap sedikit gelap (sehingga tidak kelihatan nyata), samar-samar, sabur limbur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalir | 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepalanya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alir I | ; mengalir 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepalanya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri; mengaliri Id mengalir ke (sesuatu kawasan, daerah, dll): air bendungan itu dapat ~ daerah yg luas; mengalirkan 1. menyebabkan (menjadikan) mengalir, menyalurkan (air dll) ke: maksud bendungan ini ialah utk ~ air ke sawah; pertempuran yg ~ darah; 2. menyebabkan bergerak (di air), menghanyutkan: ~ rakit; 3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dsb), mengarahkan; aliran 1. gerakan mengalir (bkn air, tenaga elektrik, dll): ~ air sungai menuju ke laut; ~ tenaga elektrik; 2. gerakan keluar atau masuk biasanya banyak-banyak (dr sebuah negara ke negara lain dsb): ~ emas ke luar negeri; 3. saluran (spt paip air, dawai elektrik, dll) tempat mengalirnya sesuatu: ~ sungai itu selalu berpindah-pindah; 4. haluan pemikiran (pendapat), mazhab (politik, pandangan hidup, dll); ~ falsafah moden pandangan (haluan) falsafah moden; ~ komunis pendapat atau pemikiran komunis; ~ zaman pandangan hidup masa tertentu; 5. jalan (cerita dsb): cerita ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dgn kisah peperangan Kedah; 6. arah perkembangan, kecenderungan atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan): ~ puisi tahun enam puluhan; ~ pasaran getah; 7. yg termasuk dlm sesuatu golongan yg khusus atau tertentu (bkn pembahagian atau pengelasan pelajar atau pelajaran dsb), sekolah menengah ~ Melayu; pelajar-pelajar ~ sains; ~ tunai penerimaan dan pembayaran wang tunai; beraliran berhaluan pendapat (politik, pandangan hidup dll): lunas itu ~ utk mendirikan suatu negara sosialis; pengaliran perihal (perbuatan, usaha dsb) mengalirkan, penyaluran (air, arus elektrik, dll), pemindahan (emas, modal dsb): ~ air ke sawah padi; ~ emas ke luar negeri dilarang oleh kerajaan; pengalir sesuatu yg (digunakan utk) mengalirkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suram | 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; suram-suram; ~ gelap sedikit gelap (sehingga tidak kelihatan nyata), samar-samar, sabur limbur; menyuram bertukar menjadi suram, menjadi muram (buram, pudar); menyuramkan menjadikan suram (buram, pudar, dll), memuramkan, memudarkan: jalan ke rumahnya yg gelap makin ~ pandangannya; kesuraman perihal suram, kemuraman, kepudaran: di wajahnya, terbayang kesulitan hidup serta ~ masa hadapan anak-anak itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suram | 3 tidak berseri (bkn muka, mata dll); muram: Dgn wajah yg ~ dia pergi meninggalkan kampungnya. | Kamus Pelajar |
suram | 2 tidak bercahaya (bkn batu permata, barang kemas dll); buram. | Kamus Pelajar |
suram | 1 tidak berapa terang (bkn cahaya); kurang cahayanya; agak gelap; redup: Cahaya matahari pun ~. | Kamus Pelajar |
suram | kesuraman keadaan suram; kemuraman. | Kamus Pelajar |
suram | menyuramkan menjadikan suram. | Kamus Pelajar |