Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
keras
1. Bersinonim dengan kuat
( kukuh, teguh, tegap, liat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

2. Bersinonim dengan bersungguh-sungguh
( giat, tekun, tekal, ceka, nekad, tabah, sepenuh hati, penuh minat, )
(adverba:)
Berantonim dengan sambil lewa

3. Bersinonim dengan tegas
( teguh pendirian)
(adjektif:)
Berantonim dengan tolak ansur

4. Dalam konteks kawalan
bersinonim dengan ketat, rapi,
(adjektif:)
Berantonim dengan longgar

5. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, tenat, berat, payah, yang membahayakan,
(adjektif:)
Berantonim dengan ringan

6. Bersinonim dengan hebat
( kuat, gagah, berani, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lemah

7. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kencang, deras, kuat, laju,
(adjektif:)

8. Dalam konteks suara bunyi
bersinonim dengan nyaring, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut, lunak

9. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kesat, kasar, tidak sopan, biadap,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

10. Bersinonim dengan berpuaka
( berhantu, berpenunggu, )
(kata kerja:)

11. Dalam konteks minuman
bersinonim dengan memabukkan, beralkohol,
(kata kerja:)

12. Dalam konteks kritikan
bersinonim dengan pedas, tajam,
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkeras, mengeras, mengerasi, mengeraskan, terkeras, kekerasan, pengerasan,

Puisi
 

Anak enggang terbang sepuluh,
     Hinggap mari dahan berduri;
Sungguh keras buku buluh,
     Dimakan bubuk habis sekali.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Batu yang keras air pelekuknya;
     hati yang keras lidah pelembutnya.

Bermaksud :

Orang yang keras hati dapat dipujuk dengan perkataan yang lemah-lembut.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mangkas Ikeras; keras ~ sangat keras; makas.Kamus Dewan Edisi Keempat
makassl keras; keras ~ sangat keras; mangkas I.Kamus Dewan Edisi Keempat
kematu1 kulit yg keras atau tebal yg terbentuk, terutamanya pd bahagian kaki (disebabkan geseran atau tekanan). 2 = berkematu keras: keras ~ sangat keras.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kematu1. = keras ~ sangat keras: kulit tapak kakinya menjadi keras ~; buah manggis itu sudah ~; 2. kulit keras atau tebal yg terbentuk pd bahagian kaki disebabkan geseran atau tekanan; berkematu menjadi kematu: tangan yg kasar dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerang IIIKl keras, menjadi keras (bkn buah).Kamus Dewan Edisi Keempat
tegar I1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; bertegar berkeras (berdegil dll), berkeras hati; menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan; ketegaran kekerasan hati, kedegilan: kega­gal­an dan kelambatan mencapai perda­maian selalu dikaitkan dgn ~ kerajaan Barat.Kamus Dewan Edisi Keempat
tegar tengkuktidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil;Kamus Dewan Edisi Keempat
tegar hatitidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil;Kamus Dewan Edisi Keempat
ketegartidak mahu menurut kata (nasihat) orang, tegar (keras) hati, keras kepala.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketegar hatitidak mahu menurut kata (nasihat) orang, tegar (keras) hati, keras kepala.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas