Mulut kamu harimau kamu, mengerkah batu kepala kamu. | Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mulut hang lebih daripada gedembai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Keras bagai batu, tinggi bagai langit. | Tiada mahu menurut perintah; keras kepala. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beban berat senggulung batu. | Tanggungan yang sangat berat. senggulung = kain (sabut dan sebagainya) yang digulung dan ditaruh di kepala untuk mengganjal barang yang dijunjung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |