| Bungkal sehasta (= sejengkal) tidak terkedang. | Orang bodoh yang keras kepala. terkedang = terluruskan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terajar pada banteng pincang. | Tak ada gunanya mengajar orang yang keras kepala. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pantang si tegang dibawa mengetul. | Orang yang degil tidak mahu menurut nasihat orang. si tegang = orang yang keras kepala; mengetul = melipatkan, seperti meringkuk waktu tidur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Keras bagai batu, tinggi bagai langit. | Tiada mahu menurut perintah; keras kepala. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu. | Perintah atau hukuman yang sangat berat dan keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |