Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
keras
1. Bersinonim dengan kuat
( kukuh, teguh, tegap, liat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

2. Bersinonim dengan bersungguh-sungguh
( giat, tekun, tekal, ceka, nekad, tabah, sepenuh hati, penuh minat, )
(adverba:)
Berantonim dengan sambil lewa

3. Bersinonim dengan tegas
( teguh pendirian)
(adjektif:)
Berantonim dengan tolak ansur

4. Dalam konteks kawalan
bersinonim dengan ketat, rapi,
(adjektif:)
Berantonim dengan longgar

5. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, tenat, berat, payah, yang membahayakan,
(adjektif:)
Berantonim dengan ringan

6. Bersinonim dengan hebat
( kuat, gagah, berani, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lemah

7. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kencang, deras, kuat, laju,
(adjektif:)

8. Dalam konteks suara bunyi
bersinonim dengan nyaring, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut, lunak

9. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kesat, kasar, tidak sopan, biadap,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

10. Bersinonim dengan berpuaka
( berhantu, berpenunggu, )
(kata kerja:)

11. Dalam konteks minuman
bersinonim dengan memabukkan, beralkohol,
(kata kerja:)

12. Dalam konteks kritikan
bersinonim dengan pedas, tajam,
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkeras, mengeras, mengerasi, mengeraskan, terkeras, kekerasan, pengerasan,

Peribahasa

Dijunjung merekah kepala,
     dipikul meruntuh bahu.

Bermaksud :

Perintah atau hukuman yang sangat berat dan keras.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai ditembak petus tunggal.Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Dientak [hentak] alu luncung). putus tunggal = petir yang sangat keras bunyinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu.Perintah atau hukuman yang sangat berat dan keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melakak kucing di dapur.Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melukah ikan dalam panai, b. Memukul kucing di dapur). melakak = memukul dengan barang keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas