Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ja.tu.han] | کجاتوهن

Definisi : 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg jatuh; ~ bulan ki mendapat ke­bahagiaan (kesenangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ja.tu.han] | کجاتوهن

Definisi : perihal jatuh: ~ nilai mata wang merugikan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contagion effectkesan penularanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKejatuhan nilai harta tanah dan nilai persekitaran sesuatu kawasan disebabkan oleh kejatuhan nilai kawasan sekitar.
property crashkejatuhan hartaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
tragedytragediKesusasteraanTiadaBentuk drama serius yang menggambarkan kejatuhan dahsyat seseorang protagonis akibat kelemahannya sendiri. Dalam tragedi, wira ialah tokoh yang agung dan hebat. Namun, tokoh itu mempunyai kelemahan tragis (harmatia) seperti bersifat angkuh (hubris) sehingga dia membuat perhitungan yang salah dan akhirnya membawa kepada kejatuhannya. Situasi tersebut meninggalkan kesan tragis kepada khalayak. Peristiwa dalam drama tragedi ini membangkitkan rasa gerun dan kasihan yang kemudiannya dilenyapkan daripada jiwa khalayak. Peleraian emosi ini disebut sebagai katarsis. Tragedi merupakan salah satu bentuk drama Barat yang bermula di Athens pada pertengahan kurun keenam Sebelum Masihi. Aristotle mengandaikan drama tragedi berasal daripada dithyramb, iaitu nyanyian dan tarian memuja Dewa Dionysus dan berkemungkinan merupakan cerita yang ditokok tambah. Aristotle ialah orang pertama yang memberikan definisi tragedi yang paling berpengaruh. Persembahan tragedi yang pertama dilakukan oleh Thespis di City Dionesia antara 536-533 Sebelum Masihi. Tiga penulis tragedi yang masyhur pada zaman Yunani ialah Aeschylus, Sophocles, dan Euripides. Drama tragedi berkembang selepas zaman Yunani. Selain Aristotle, Seneca pada zaman Romawi juga merupakan tokoh penting dalam perkembangan tragedi. Bentuk tragedi Seneca mempengaruhi perkembangan tragedi pada zaman Elizabenthan. Justeru, situasi ini mencetuskan dua aliran, iaitu tragedi intelektual yang meniru model Seneca yang menggunakan korus dan kesatuan (aksi, masa, dan tempat), dan tragedi yang ditulis untuk orang ramai, dikenali sebagai tragedi balas dendam. Contohnya drama Hamlet, Macbeth, dan Othello oleh Shakespeare, dan drama the Jew of Malta oleh Christopher Marlowe. Contoh tragedi zaman moden ditemui dalam Death of a Salesman oleh Arthur Miller, dan Mourning Becomes Electra oleh Arthur Miller, dan Mourning Becames Electra oleh Eugene O�Neill. Lihat juga ditiramb, katarsis, kesatuan.
tragedytragediKesusasteraanTiadaDrama yang memaparkan aksi serius yang mengakibatkan kejatuhan dan nasib malang watak protagonisnya.
peripeteiaperipeteiaKesusasteraanTiadaPerubahan yang mendadak terhadap situasi kehidupan dan nasib sesebuah watak dalam drama. Peripeteia melibatkan kejatuhan sementara dalam komedi yang akan membawa kepada kejayaan dan kemewahan. Konsep ini pertama kali digunakan oleh Aristotle dalam karyanya berjudul The Poetics semasa beliau membincangkan tentang wira tragik dalam drama tragedi. Peripeteia berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �perubahan mendadak�. Lihat juga komedi, tragedi.
downward swingayunan ke bawahEkonomiTiadaKeadaan kitaran perdagangan apabila aktiviti perniagaan dan perdagangan lembap, harga sedang mengalami kejatuhan, dan kadar pengangguran sedang meningkat. Misalnya, di Malaysia ayunan ke bawah berlaku pada akhir tahun 1970-an hingga pertengahan tahun 1980-an. Sinonim fasa ke bawah. Lihat juga kitaran perdagangan.
anarchyanarkiSains PolitikPolitik Perbandingan1. Keadaan sesebuah masyarakat yang kacau-bilau, tidak wujud kerajaan dan undang-undang untuk mengawal negara tersebut. Keadaan ini berlaku apabila wujudnya konflik politik di kalangan pemimpin atau kegagalan sesebuah kerajaan mentadbir negara. Contohnya, negara Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein. 2. Konsep masyarakat yang berasaskan kepada kerjasama secara sukarela dan individu yang bebas dalam mengatur hubungan sosial sesama anggota masyarakat. Masyarakat sebegini tidak memerlukan undang-undang, pemerintah dan juga autoriti. Dalam erti kata lain, konsep ini menerangkan keadaan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Konsep ini digunakan dalam konteks falsafah politik.
mobocracymobokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang berada dalam keadaan kucar-kacir atau kacau-bilau apabila perusuh menguasai keadaan. Pada masa ini, undang-undang tidak dipatuhi dan masyarakat menjadi kelam-kabut. Keadaan seperti ini berlaku apabila kerajaan telah kehilangan kuasa atau gagal mengawal ketenteraman awam. Institusi pemerintahan seperti polis, tentera, kastam dan imigresen tidak berupaya melaksanakan tugas secara berkesan. Contohnya, Indonesia selepas kejatuhan nilai wang pada tahun 1998 dapat dianggap sebagai mobokrasi.
social unrestkekacauan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan huru-hara yang berlaku dalam masyarakat apabila undang-undang dan peraturan tidak dihiraukan. Kekacauan ini berlaku dalam bentuk perarakan besar-besaran, pembakaran kedai, kenderaan dan rumah. Dalam keadaan ini, orang ramai keluar ke bandar atau tempat tertentu untuk menunjuk perasaan membantah sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Kekacauan boleh berlaku apabila tersebarnya khabar angin, keadaan ekonomi yang meruncing dan menyukarkan orang ramai, perbalahan etnik serta konflik politik. Contohnya, kemelesetan ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang berlebihan di Indonesia pada tahun 1997- 1998 telah menyebabkan kekacauan sosial yang serius. Sinonim kegelisahan sosial.
epicepikKesusasteraanTiadaNaratif yang mengisahkan pengembaraan atau kepahlawanan tokoh penting dalam sejarah atau tokoh yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau sesebuah negara. Biasanya, kisah epik berkisar tentang seorang tokoh yang wujud dalam sejarah, legenda atau kepercayaan masyarakat setempat. Kisah pengembaraan dan wira pula meliputi alam nyata dan alam kayangan, melibatkan manusia dewa, peristiwa logik dan fantasi dan sebagainya. Biasanya, epik wujud dalam bentuk puisi dan prosa yang panjang dengan penampilan nilai konvensi, estetik, dan mutu kepengarangan yang tinggi. Terdapat dua jenis epik. Pertama, epik rakyat (epik tradisional/epik primer), iaitu epik yang wujud dalam masyarakat lisan dengan pengarang yang tidak diketahui namanya. Epik berkenaan banyak bersumberkan unsur mitos dan legenda yang wujud dalam tradisi kepercayaan masyarakat tersebut. Kedua, epik seni (epik sekunder), iaitu epik yang muncul dalam budaya tulisan dan kebanyakannya dihasilkan oleh pengarang yang terkenal. Antaranya ialah Iliad dan Odyssey oleh Homer (Yunani). Contohnya, dalam karya berjudul Iliad, terdapat kisah wira Yunani bernama Achilles, anak kepada Nereid yang berperang dalam Peperangan Trojan. Dalam karya berjudul Paradise Lost oleh Milton (Inggeris) pula, terdapat kisah kekalahan dan kejatuhan manusia. Contoh karya epik Parsi ialah Shah-nama oleh Firdawsi. Antara karya epik seni yang penting dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Seri Rama dan Hikayat Hang Tuah. Lihat juga epik rakyat, epik seni.

Kembali ke atas