Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.ra.san] | ککرسن

Definisi : perihal (sifat dsb) keras (dlm berbagai-bagai erti spt kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan, dll), paksaan (dlm se­suatu tindakan): dgn ~ sukar dicapai penyelesaian; kumpulan jahat yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah dapat ditumpaskan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.ra.san] | ککرسن

Definisi : 1 perbuatan yg keras; kekuatan: Orang-orang yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah ditangkap. 2 keadaan atau sifat keras; kekuatan; kekukuhan: ~ kulitnya menyebabkan buah itu sukar dikupas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keras
1. Bersinonim dengan kuat
( kukuh, teguh, tegap, liat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

2. Bersinonim dengan bersungguh-sungguh
( giat, tekun, tekal, ceka, nekad, tabah, sepenuh hati, penuh minat, )
(adverba:)
Berantonim dengan sambil lewa

3. Bersinonim dengan tegas
( teguh pendirian)
(adjektif:)
Berantonim dengan tolak ansur

4. Dalam konteks kawalan
bersinonim dengan ketat, rapi,
(adjektif:)
Berantonim dengan longgar

5. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, tenat, berat, payah, yang membahayakan,
(adjektif:)
Berantonim dengan ringan

6. Bersinonim dengan hebat
( kuat, gagah, berani, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lemah

7. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kencang, deras, kuat, laju,
(adjektif:)

8. Dalam konteks suara bunyi
bersinonim dengan nyaring, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut, lunak

9. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kesat, kasar, tidak sopan, biadap,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

10. Bersinonim dengan berpuaka
( berhantu, berpenunggu, )
(kata kerja:)

11. Dalam konteks minuman
bersinonim dengan memabukkan, beralkohol,
(kata kerja:)

12. Dalam konteks kritikan
bersinonim dengan pedas, tajam,
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkeras, mengeras, mengerasi, mengeraskan, terkeras, kekerasan, pengerasan,

Peribahasa

Seperti pohon beringin ditiup angin.

Bermaksud :

Menentang kekerasan orang tanpa berlemah lembut.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acquaintance robberyrompakan kenalanKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah kekerasan yang melibatkan pengambilan atau percubaan mengambil sesuatu barang milik mangsa yang dikenali. Perbuatan jenayah ini menggunakan sama ada kekerasan fizikal, ancaman kekerasan atau meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan.
hardness testujian kekerasanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUjian untuk menentukan kekerasan lapisan atas cat.
workplace violencekeganasan tempat kerjaKriminologiKeadilan JenayahAncaman atau kekerasan yang berlaku terhadap pekerja yang berkaitan dengan pekerjaannya, sama ada yang berlaku di tempat kerja atau di luar tempat kerja. Sinonim kekerasan tempat kerja.
workplace violencekekerasan tempat kerjaKriminologiKeadilan JenayahLihat keganasan tempat kerja.
non violencetanpa kekerasanSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan politik yang dibuat tanpa melibatkan sebarang keganasan. Gerakan ini percaya kepada satu penyelesaian atau persaingan yang adil dan bebas. Kaedah yang biasa digunakan ialah secara aman seperti terlibat dalam pilihan raya, menuntut sesuatu secara melobi, menggunakan media, kaedah rundingan dan tawar-menawar. Penggunaan keganasan dianggap terkeluar daripada peraturan permainan yang diterima. Contohnya, Mahatma Gandhi merupakan tokoh yang berjuang dengan menggunakan cara ini yang dikenali sebagai satyagraha atau tanpa keganasan tetapi berterusan.
violent crimejenayah kekerasanKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang wujud akibat tingkah laku mana-mana individu yang memudaratkan orang lain secara fizikal dengan cara mengugut, mengancam atau menggunakan kekuatan fizikal terhadap mangsa.
terrorismkeganasanKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan secara terancang, bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dan ketidaktenteraman awam. Jenayah ini biasanya dilakukan berdasarkan ideologi, fahaman politik atau agama.
kidnappingpenculikanKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan melibatkan perbuatan melarikan mangsa tanpa kerelaannya. Dari sudut undang-undang jenayah, perbuatan ini termasuklah mengambil atau mengumpan remaja yang berumur antara 14 hingga 16 tahun atau orang yang tidak waras daripada penjaga tanpa kerelaan penjaga tersebut. Kebiasaannya, tindakan ini bertujuan untuk mendapatkan tebusan.
nanoindenternanopelekukFizikNanoteknologiPeranti untuk menguji kekerasan, kekuatan, kekenyalan, keliatan retakan, dan sifat haus bahan pada permukaan yang amat kecil. Terdapat beberapa jenis pelekuk seperti pelekuk piramid, sfera, silinder, kon, mata baji, dan filamen. Pelekuk diperbuat daripada bahan intan, nilam, tungsten karbida, keluli nirkarat, dan kuarza.
youth violencekeganasan beliaKriminologiKeadilan JenayahKekerasan yang dilakukan oleh individu dalam lingkungan umur yang ditetapkan oleh undang-undang sebagai belia. Contohnya, undang-undang Malaysia mentakrifkan belia sebagai individu yang berumur antara 15 hingga 30 tahun.
1234567

Kembali ke atas