Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal bersaing, perlawanan (utk atas-mengatasi), pertandingan: getah asli sekarang ini sedang menghadapi ~ yg kuat drpd getah tiruan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan atau hal bersaing; perlawanan utk atas-mengatasi: Getah asli memang sentiasa mendapat ~ drpd getah tiruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saing2 (kata nama)
Bersinonim dengan banding, imbang, tanding, tolok, gandingan, tara padanan, lawan;,
Kata Terbitan : sesaing, bersaing, bersaingan, menyaingi, saingan, persaingan, pesaing,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
duopolyduapoliEkonomiTiadaPasaran persaingan tak sempurna yang mengandungi dua pengeluar atau penjual bagi satu barangan yang bersaing untuk mendapatkan pelanggan melalui persaingan harga dan persaingan bukan harga. Untuk mengelakkan kerugian, pengeluar atau penjual mungkin berkongsi pasaran seperti membahagikan pasaran mengikut kawasan dan berjanji tidak bersaing dalam kawasan masing-masing.
contestationpersainganSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan saling mempengaruhi antara individu, kelompok dan organisasi dalam sesuatu arena seperti ideologi, sokongan masyarakat, idea atau pemikiran. Situasi ini wujud dalam dua bentuk yang utama iaitu, persaingan yang bersifat positif apabila pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang sihat dan bermoral bagi memperoleh pengaruh masing-masing seperti menonjolkan manifesto, poster dan imej yang baik tanpa menghina pihak lawan. Contohnya, penggunaan poster secara berleluasa di kalangan parti politik dalam memperoleh undi semasa pilihan raya. Bentuk kedua merupakan persaingan yang bersifat negatif iaitu pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang bersifat matlamat menghalalkan cara seperti sabotaj, tikam belakang, fitnah, kawalan undang-undang, indoktrinasi intelektual, kronisme dan nepotisme untuk mendapatkan sokongan.
liberalismliberalismeSains PolitikPolitik PerbandinganPemikiran yang menekankan kebebasan individu, persaingan yang terbuka dan pasaran bebas dengan campur tangan yang minimum daripada pihak pemerintah. Idea ini telah menjadi asas kepada sistem ekonomi kapitalisme. Dalam proses persaingan politik, asas kebebasan ini berkembang dalam falsafah politik yang berpegang kepada nilai rasional dan keterbukaan. Pemikiran ini tidak menghalang sebarang cabaran, penentangan secara sihat dan kritikan orang ramai terhadap pemerintah. Dalam amalan harian, liberalisme ditonjolkan melalui pergerakan NGO, gerakan aktivis sosial, kehadiran pembangkang dan kebebasan media. Dengan itu, liberalisme cenderung melahirkan kerajaan yang bertukar ganti.
power politicspolitik kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik yang berlegar dari sudut kuasa dan persaingan kuasa. Kuasa menjadi inti sari kepada segala aktiviti dan matlamat politik, justeru kuasa ini menjadi rebutan, persaingan dan tumpuan kepada pesaing politik. Kuasa juga dilihat sebagai penentu segala-galanya dalam politik dan penguasaannya boleh memberi kelebihan kepada seseorang untuk menguasai bidang lain seperti pentadbiran, perundangan, perniagaan, pangkat, penghormatan, jawatan penting dan pemerintahan. Individu yang terpengaruh dengan politik kuasa ini sanggup menipu, memutuskan persaudaraan, menggadaikan harta atau melakukan apa sahaja kerana politik. Dengan itu, politik bermakna kuasa dan kuasa tidak terpisah daripada politik seperti pandangan Robert Dahl dan Harold Lasswell iaitu kuasa berupaya menentukan siapa mendapat apa, bila, dan bagaimana.
crop competitionpersaingan tanamanPertanian OrganikTanaman Makanan-
party systemsistem partiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem persaingan dan perkembangan parti politik dalam sesebuah negara. Pembentukan sesuatu sistem parti amat dipengaruhi oleh latar belakang masyarakat, ideologi dan sejarah perkembangan politik negara tersebut. Terdapat pelbagai jenis sistem parti antaranya ialah sistem satu parti yang menggambarkan hanya terdapat sebuah parti politik wujud dan dibenarkan seperti negara China. Sistem dua parti pula menggambarkan terdapat dua parti dominan yang silih berganti menguasai pemerintahan seperti yang terdapat di United Kingdom dan Australia dan sistem berbilang parti yang mempunyai banyak parti bersaing. Sistem berbilang parti ini memungkinkan hanya sebuah parti yang akan menang dan menguasai pemerintahan seperti di Itali. Sistem parti di Malaysia dan Singapura bersifat satu parti dominan apabila hanya parti yang sama menang dalam setiap pilihan raya walaupun terdapat banyak parti bersaing. Parti yang menang ini merupakan parti yang menjadi pilihan rakyat.
differential shiftanjakan kebezaanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaUkuran kesan persaingan antara industri yang bergantung kepada perbezaan antara kadar pertumbuhan industri di peringkat wilayah dengan kadar pertumbuhan industri di peringkat tempatan.
bargaining theoryteori tawar-menawarSains PolitikPolitik PerbandinganKaedah yang digunakan dalam persaingan politik antara dua atau lebih pihak dalam sistem demokrasi. Teori ini menekankan bahawa proses tawar-menawar merupakan usaha penting yang digunakan oleh pihak terlibat untuk mencapai satu formula yang diterima oleh semua. Rundingan, tolak ansur dan toleransi merupakan prinsip utama untuk memastikan semua pihak berpuas hati. Rundingan ini biasanya berakhir dengan pembentukan suatu perjanjian, permuafakatan, deklarasi dan manifesto bersama. Kaedah ini kerap digunakan dalam politik demokrasi memandangkan prosesnya tidak melibatkan kekerasan dan lebih mencerminkan suatu aktiviti politik yang bersifat sivil. Contohnya, perselisihan faham di antara Kesatuan Sekerja dengan pihak majikan kerap kali diakhiri dengan rundingan melalui proses tawar-menawar.
multi-party systemsistem berbilang partiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem yang memperlihatkan persaingan yang terbuka kepada pelbagai parti. Sistem ini membenarkan setiap kelompok menubuhkan parti politik dan bersaing antara satu sama lain. Setiap parti bebas bertanding, bergabung atau membentuk kerjasama di kalangan mereka. Dalam sistem ini, parti yang memenangi pilihan raya akan membentuk kerajaan seperti di negara Jerman, Perancis dan Itali. Namun, terdapat juga keadaan apabila tidak ada parti yang berupaya membentuk kerajaan dan terpaksa bergabung seperti di negara-negara Scandinavia.
capitalismkapitalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSistem ekonomi bebas yang membenarkan pemilikan modal dan persaingan tanpa sekatan. Dari segi penggunaannya, konsep ini menghuraikan satu fahaman yang merujuk kepada hak individu atau sesebuah kumpulan untuk menjual dan membeli sesuatu barangan sama ada buruh, tanah dan juga wang dalam pasaran bebas. Fahaman ini berasaskan kepada konsep pasaran bebas atau laissez-faire yang sangat bergantung kepada peraturan pasaran yang ditentukan oleh aktiviti-aktiviti pasaran itu sendiri seperti turun naik harga, spekulasi dan permintaan. Dalam sistem ini, pihak pemeritah hanya berperanan sebagai sebuah institusi yang menyediakan infrastruktur pasaran dan bertindak sebagai pengadil atau kuasa pengimbang sekiranya wujud pertelingkahan atau konflik di kalangan aktor-aktor pasaran. Konsep kapitalisme mula digunakan oleh seorang tokoh pemikir iaitu Thackeray (1854). Karl Marx (1818-1883) pula mentakrifkannya sebagai sistem pengeluaran kapitalis. Dari sudut sejarah, konsep ini mula berkembang dan mantap di Eropah di antara abad ke-16 dan ke-19. Contohnya, Great Britain, Perancis dan Amerika Syarikat merupakan negara kapitalisme. Sinonim faham kapitalis.
123456

Kembali ke atas