Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang (pihak dll) yg bersaing(an): dlm era tersebut syarikat perfileman Amerika telah menguasai hampir keseluruhan pasaran dunia dan berjaya menangkis ~ lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
saing2 (kata nama)
Bersinonim dengan banding, imbang, tanding, tolok, gandingan, tara padanan, lawan;,
Kata Terbitan : sesaing, bersaing, bersaingan, menyaingi, saingan, persaingan, pesaing,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coopetitionkerjasama pesaingPerniagaanTiadaTiada
coopetitionkerjasama pesaingPerniagaanTiadaAmalan antara syarikat yang bersaing di pasaran dalam bekerjasama secara strategik seperti berkongsi sumber sedia ada untuk mengurangkan kos bagi mencapai hasil dan keuntungan bersama.
knock out salejualan rentapPerniagaanTiadaStrategi jualan yang menawarkan pembelian terhadap sesuatu barang yang lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh pihak pesaing.
power politicspolitik kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik yang berlegar dari sudut kuasa dan persaingan kuasa. Kuasa menjadi inti sari kepada segala aktiviti dan matlamat politik, justeru kuasa ini menjadi rebutan, persaingan dan tumpuan kepada pesaing politik. Kuasa juga dilihat sebagai penentu segala-galanya dalam politik dan penguasaannya boleh memberi kelebihan kepada seseorang untuk menguasai bidang lain seperti pentadbiran, perundangan, perniagaan, pangkat, penghormatan, jawatan penting dan pemerintahan. Individu yang terpengaruh dengan politik kuasa ini sanggup menipu, memutuskan persaudaraan, menggadaikan harta atau melakukan apa sahaja kerana politik. Dengan itu, politik bermakna kuasa dan kuasa tidak terpisah daripada politik seperti pandangan Robert Dahl dan Harold Lasswell iaitu kuasa berupaya menentukan siapa mendapat apa, bila, dan bagaimana.
negative campaignkempen negatifSains PolitikPolitik PerbandinganKempen yang dilakukan bukan untuk menonjolkan kebolehan dirinya tetapi untuk memburukkan pihak lawan. Kempen bentuk ini boleh wujud dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi yang sangat liberal apabila isu yang disuarakan tidak langsung ditapis atau disekat oleh pemerintah. Pesaing yang tidak memiliki banyak aset untuk menonjolkan kebolehannya akan menggunakan keburukan lawan dalam kempennya.

Kembali ke atas