Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sai.ngan] | ساءيڠن

Definisi : tandingan, lawan: Rusia dan China Komunis tidak lagi mendapat ~ dr Amerika Syarikat dlm memberi bantuan ekonomi kpd Yaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sai.ngan] | ساءيڠن

Definisi : lawan yg bersaing; tandingan: Kehalusan budi pekerti orang-orang Melayu tidak ada ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saing2 (kata nama)
Bersinonim dengan banding, imbang, tanding, tolok, gandingan, tara padanan, lawan;,
Kata Terbitan : sesaing, bersaing, bersaingan, menyaingi, saingan, persaingan, pesaing,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
competitive advantagekelebihan sainganPengurusanPerancanganSituasi apabila sesebuah organisasi berjaya menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang lebih baik dan lebih murah berbanding dengan pesaing. Tujuan kelebihan saingan adalah untuk menjadi pilihan pelanggan bagi mendapatkan hasil jualan yang tinggi dan keuntungan dalam situasi persaingan. Kelebihan saingan berlaku apabila organisasi mampu memperoleh sumber dengan mudah dan murah, mempunyai kepakaran pekerja yang kreatif dan inovatif serta lokasi perniagaan yang strategik. Contoh perspektif kelebihan persaingan ialah kualiti yang lebih baik, kos operasi yang lebih rendah dan rangkaian pengedaran yang meluas.
sustainable competitive advantagekelebihan saingan mampanPengurusanPerancanganKeupayaan unik sesebuah organisasi yang sukar ditandingi oleh pesaing, dan kelebihan ini boleh membawa kepada penguasaan pasaran bagi tempoh masa yang panjang. Kelebihan saingan mampan hanya mampu dicapai apabila organisasi berupaya menjamin penghasilan keuntungan secara konsisten. Contohnya, syarikat global pengeluar minuman ringan mempunyai kelebihan saingan mampan di pasaran minuman ringan melalui formula rahsianya yang berjaya menghasilkan citarasa yang nyata berbeza dan unik berbanding minuman kola yang lain.
competitive benchmarkingpenandaarasan sainganPengurusanPerancanganProses membandingkan aktiviti dan prestasi organisasi dengan tujuan untuk meneladani dan mengikuti amalan terbaik dalam kalangan pesaing dalam industri atau skop pengurusan yang sama. Contoh penandaarasan saingan ialah tindakan universiti di Malaysia menetapkan piawai pengukuran prestasi cemerlang dengan membandingkan tahap pengukuran prestasi universiti-universiti ternama di dunia. Contoh penandaarasan saingan dalam skop pengurusan pula adalah seperti pendekatan perkhidmatan pelanggan dalam sektor perbankan yang mengambil teladan kejayaan perkhidmatan pelanggan dalam sektor penerbangan. Lihat juga penandaarasan.
competitive rivalrytandingan sainganPengurusanPerancanganPenilaian oleh pihak pengurusan terhadap syarikat pesaing yang menawarkan barangan atau perkhidmatan yang sama dari aspek kelebihan atau kekuatan mereka yang boleh menjejaskan kedudukan persaingan sesebuah organisasi. Tujuan analisis tandingan saingan adalah untuk menilai tahap kekuatan pengaruh persaingan yang boleh menjejaskan tahap keuntungan seperti pengaruh kuasa rundingan harga yang ditentukan oleh bilangan pesaing dalam pasaran. Contohnya, dalam perniagaan telefon bimbit yang mempunyai banyak penjual yang menawarkan barangan dan perkhidmatan yang hampir sama, maka harga jualan menjadi sangat kompetetif.
rivalsainganSosiologiTiadaTiada
rivalsainganSejarahTiadaTiada
counterculturebudaya sainganPendidikanTiadaTiada
counterculturebudaya sainganSains PolitikTiadaTiada
wage competitionsaingan upah)EkonomiTiadaPersaingan dalam tawaran upah untuk mendapatkan pekerja.
wage competitionsaingan upah)EkonomiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas