hydrodynamics | (ilmu) hidrodinamik | Fizik | Tiada | Ilmu sains yang mengkaji pergerakan bendalir dan tindak balasnya dengan sempadan-sempadan. |
coincidence of opposites | pengaburan sempadan | Kesusasteraan | Tiada | Sempadan yang dikaburkan dalam karya mitos, dongeng, fantasi, fiksyen sains dan sebagainya. Pengaburan berlaku terhadap unsur-unsur yang bertentangan dalam karya tersebut. Contohnya, sempadan antara makhluk yang bernyawa dengan benda yang tidak bernyawa, antara yang hidup dengan yang mati telah dikaburkan. Istilah ini digunakan oleh Carl Jung untuk merujuk kepada pengaburan sempadan seperti yang dinyatakan. Pengaburan sempadan boleh dilihat dalam novel berjudul Sumpah Tujuh Keturunan oleh gabriel Marquez dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said. |
common boundary | sempadan bersama | Sains Politik | Politik Perbandingan | Garis wilayah atau perbatasan yang dikongsi oleh dua atau lebih negara. Sempadan ini wujud apabila terdapat negara yang bersempadan secara selari dengan wilayah yang berdekatan. Konsep sempadan bersama yang dikawal selia secara perkongsian diwujudkan atas dasar untuk melindungi kepentingan negara terlibat dari ancaman musuh atau kuasa asing dan juga bertujuan mengurangkan bebanan kos keselamatan. Sekiranya wujud ancaman keselamatan atau kepentingan sesuatu pihak tergugat, maka negara tersebut akan berkongsi tanggungjawab menjaga keselamatan. Selain itu, sempadan bersama dibentuk bagi tujuan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut. Contohnya, Malaysia dan Thailand mewujudkan sempadan bersama antara Baling dan Bentong bagi mengawal kegiatan. |
subdivision of land | pecah sempadan tanah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Tanah hak milik tetap yang dipecah sempadan kepada dua bahagian atau lebih, tiap-tiap satunya untuk dipegang oleh tuan punya yang sama di bawah hak milik berasingan. |
cross-border crime | jenayah rentas sempadan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan atau tindakan jenayah yang dilakukan oleh seseorang atau organisasi dalam sesebuah negara tetapi dilakukan secara rentas sempadan atau yang memberikan kesan kepada mangsa di negara lain. Lazimnya, perbuatan sebegini dilakukan dengan menggunakan ruang siber kerana memudahkan perlakuan jenayah. Contohnya, perbuatan penyeludupan dadah, senjata dan manusia dan penipuan siber. |
building line | garisan bangunan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | (1) Sempadan bangunan utama yang dipersetujui oleh pemaju dan pihak berkuasa tempatan di atas sesuatu tapak. (2) Sempadan yang mengehadkan pembinaan bangunan utama di atas sesuatu tapak yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. |
interface | antara muka | Kesenian | Tiada | Satu permukaan atau ruang yang menjadi sempadan bersama atau berhubung kait di antara dua objek atau ruang. Contohnya, ruang koridor yang menjadi sempadan bersama di antara dewan terbuka dengan sebaris bilik-bilik atau penggunaan sebatang besi tembaga sebagai pembahagi di antara dua kemasan lantai yang berbeza seperti lantai marmar dengan lantai kayu. |
basic activities | aktiviti asas | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kegiatan mengeksport barangan dan perkhidmatan ke tempat-tempat di luar sempadan ekonomi sesuatu masyarakat atau memasarkan barangan dan perkhidmatannya kepada orang yang datang dari luar sempadan ekonomi masyarakat tersebut. |
economic terrorism | keganasan ekonomi | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan menyebabkan ketidakstabilan atau kerugian ekonomi kepada sesebuah negara atau organisasi, yang dilakukan oleh individu atau kumpulan secara terancang. Perbuatan ini boleh dilakukan di sempadan sesebuah negara atau merentas sempadan negara tersebut. |
reflector | pemantul | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Media yang mempunyai pelbagai jenis, bentuk dan saiz tertentu yang berfungsi memantulkan gelombang bunyi. Gelombang bunyi akan dipantul atau diserakkan apabila tiba pada sempadan media yang berlainan. Misalnya, pada sempadan antara udara dengan keluli, gelombang bunyi akan dipantulkan. Antara contoh pemantul dalam ujian ultrasonik termasuklah lompang udara, retakan dan sanga. |