Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.la.hi] | برکلاهي

Definisi : bertengkar, berbalah, bergaduh: riuh-rendah bunyi orang ~; ~ di ekor alahan prb memperdebatkan per­kara kecil atau perkara yg sudah selesai; ~ dlm mimpi prb a) tiba-tiba bersikap spt orang telah berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja; ~ dgn orang tak berambut prb ber­kelahi (berselisihan) dgn orang yg rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya; bagai ~ dlm kapuk (kepuk) prb perihal sesuatu perkara yg tidak mudah diselesaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.la.hi] | برکلاهي

Definisi : bergaduh (tinju-meninju atau kata-mengatai); berbalah; bertengkar (kerana sesuatu perkara): Tidak baik kita ~ sesama sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelahi (kata kerja)
Bersinonim dengan balah, gaduh, tengkar, bantah, sabung, laga, gelut, selisih, cekcok, cekik merih, cekak, sengketa, telagah, gusti, gomol, tarung, juang, tikam;,
Kata Terbitan : berkelahi, memperkelahikan, perkelahian,

Peribahasa

Berkelahi seperti labah-labah dalam gelas.

Bermaksud :

Perkelahian yang sangat hebat di tempat yang sangat sempit.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, yang manakah paling tepat (Bobo dan Gebu adalah kucing): a) Bobo berkelahi dengan si Gebu b) Bobo berkelahi dengan Si GebuJawapan yang betul ialah Bobo berkelahi dengan si Gebu.Tatabahasa16.07.2013
maksud tantanganAntara maksud tantangan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah ajakan berkelahi (berperang dll). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman sesawang DBP, klik pada carian spesifik perkataan yang ingin diketahui makna.Makna04.03.2009
Mohon pihak DBP memutuskan tentang penggunaan kata ganti nama "ia" secepat mungkin. Banyak pihak sedang "berkelahi" tentang kata ini. Ketepikan soal politik, perasaan "lebih pandai daripada yang lain" dan sebagainya. Buatlah suatu ketetapan dan minta semua orang (yang menyokong atau tidak menyokong) menghormati keputusan itu. Barulah Bahasa kita dipandang mulia dan dihormati orang.Apakah isu yang dikaitkan dengan kata "ia", adakah isu kata ganti diri atau isu penggunaan "ia" kepada bukan manusia. Dalam hal ini buku Tatabahasa Dewan telah menjelaskan pada halaman 104, kata ganti nama diri orang ketiga termasuklah ia, dia, beliau mereka dan nya. Dari aspek makna, Kamus Dewan menakrifkan "ia" sebagai kata ganti nama diri orang ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan.Tatabahasa13.07.2012
analisis penyempitan dan juga peluasan makna sesuatu perkataan, makna konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan. contohnya perkataan berkelahi atau basahAanalisis penyempitan dan juga peluasan makna sesuatu perkataan, makna konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan. Apa yang saudara nyatakan ini merupakan sebahagian daripada perbincangan dalam tajuk Semantik. Sila rujuk buku/tulisan yang berkaitan untuk malkumat yang lemgkap.Makna16.09.2008
Asslamualaikum, Adakah perkataan 'GEMPUR' dan 'TEMPUR' membawa maksud yang sama? Antara kedua-dua perkataan itu,yg manakah membawa maksud 'serang dan rosakkan'?Gempur bermaksud diserang dan dibinasakan, manakala tempur bermaksud berlanggaran, berkelahi, berjuang, berperang.Makna30.05.2009
Salam mesra, saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48): Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih.Sdr. dicadangkan berbincang dengan guru Sdr mengenai perkara ini.Lain-lain16.04.2011
Apakah perbezaan/maksud sebenar tantangan dan tentangan? Contoh; Tantangan/Tentangan daripada pihak lawan begitu kuat; Ahmad akan bertantang/menentang Ali di Liga Bola Sepak. Harap diperjelas, terima kasih.Menurut data kami, maksud tantangan ialah ajakan untuk berkelahi dan sebagainya; cabaran manakala tentangan merujuk  usaha atau apa-apa yang dilakukan untuk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yang hebat kepada pasukan Argentina dalam pertandingan bola sepak Piala Dunia.Makna25.11.2015
Salam mesra, saya mewakili guru-guru BM sekolah saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48) kerana terdapat percanggahan pendapat tentang maksudnya: Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih.

Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan jawapan yang Sdr perlukan.

Lain-lain18.04.2011
Rujuk jawapan pada 03.10.2007, "Tingkah laku bermaksud gerak- geri, kelakuan,perbuatan. Prasekolah bermaksud sebelum memasuki sekolah. Kata langsang tidak terdapat dalam rujukan kami. Sila nyatakan ejaan sebenar. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4." Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, erti bagi kata "aggressive" diberi sebagai: "3. quarrelsome, agresif, cenderung bergaduh, suka berkelahi: he became ~ after a few drinks, dia menjadi agresif selepas meminum beberapa gelas arak; an ~ nature, sifat yg agresif; 4. reflecting quarrelsome disposition, (bersifat) agresif: in an ~ (tone of) voice, dgn nada suara yg agresif; ~ remarks, kata-kata yg (bersifat) agresif; 5. assertive, enterprising, agresif: an ~ businesswoman, seorang ahli perniagaan wanita yg agresif; ~ leadership, kepemimpinan agresif; 6. (psychol) langsang, agresif." Adakah perkataan "langsang" sudah diterima dalam kamus bahasa Melayu?Berdsasarkan dapatan daripada Kamus Inggeris-Melayu Dewan dan Daftar Istilah MABBIM, perkataan langsang ialah padanan kata aggressive dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang psikologi. Perkataan langsang juga telah diterima pakai oleh negara anggota MABBIM, iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia sebagai perkataan lain selain agresif. Walau bagaimanapun istilah ini tidak begitu dikenali oleh orang awam, maka ada baiknya penggunaan kata agresif diutamakan.Istilah17.05.2011
apakah perbezaan antara“mengajak”dengan “menjemput” “sofian menjemput Ali pergi ke perpustakaan ”ayat ini betul tak?ribuan terima kasihMengajak bermaksud meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi.

Menjemput pula menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri ber­khatam pengajian; 3. Mn mengambil se­seorang utk dijadikan menantu:

Dari segi makna, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. 
Makna14.06.2016
12

Kembali ke atas