Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.tuh] | جاتوه

Definisi : 1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh: buku itu ~ dr tangannya; ~ terduduk (terhentak, ter­sungkur, tertiarap); pandai ~ dapat meng­elakkan celaan (kritikan dll); 2. menjadi kurang (bkn harga, nilai, dll), turun, merosot: nilai mata wang negeri itu semakin ~; 3. terbenam (bkn matahari): di sebelah matahari ~; 4. berbetulan dgn, bersamaan dgn, ber­tepatan dgn, tepat pd: perkahwinannya ~ pd 6 Ogos; 5. (bkn kerajaan, kabinet, dll), bubar, berhenti melakukan tugas, ditiadakan, tum­bang, tidak berhasil (lulus): kerajaan itu ~ kerana undi tidak percaya; 6. bankrap, muflis: perusahaannya ~ kerana tidak cukup modal; 7. tidak berhasil, tidak lulus: anaknya ~ dlm peperiksaan tahun ini; 8. tidak dapat dipertahankan (dirampas musuh): bandar itu telah ~ ke tangan musuh; 9. sampai (di), tiba (di): hendak pergi ke Kedah ~ di Kelantan; 10. menjadi (miskin, sakit, dll);~ air muka menjadi malu; ~ bangun a) rebah dan bangun lagi; b) ki maju mundur (dlm kehidupan dll); ~ bebas (Fiz) gerakan suatu jasad yg dipengaruhi oleh graviti sahaja, iaitu tidak ada daya lain yg bertindak; ~ cinta = ~ hati = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; ~ colok menjadi miskin, hilang kemegahan; ~ hati a) menaruh kasih (cinta) pd seseorang; b) menaruh belas kasihan pd seseorang dll; ~ ke atas memperoleh keuntungan (naik pang­kat dll); ~ ke bawah ki turun pangkat dll; ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll); ~ ke tilam (di atas tilam, ke kasur, di atas kasur) a) memperoleh ke­senangan (ke­kayaan dll); b) walaupun men­dapat kesulitan dll tetapi tetap senang; ~ melarat menjadi melarat; ~ merek Id men­dapat nama buruk (nama merosot); ~ miskin menjadi miskin; ~ nama mendapat nama buruk; ~ pengsan menjadi pengsan; ~ sakit kena penyakit; ~ talak sampai (berlaku) talak; ~ tempoh sudah lewat tempohnya (wak­tunya); ~ (tidak) berkait (berjolok) prb memperoleh sesuatu dgn sebab (tidak) diminta (di­harapkan); biar ~ terletak, jangan ~ ter­hem­pas (terhentak) prb berhenti bekerja dgn kemahuan sendiri adalah lebih baik drpd dipecat; busuk berbau, ~ berdebuk prb kalau melakukan kesalahan (perkara-perkara yg tidak baik) akhirnya diketahui orang juga; sudah ~ ditimpa tangga prb kesusahan yg datang berturut-turut; berjatuh Id memberi sumbangan (derma dll); dijatuhi dikenakan, menjalani: mereka yg melakukan kesalahan tersebut akan ~ hu­kuman menjadi hamba; menjatuhi jatuh mengenai sesuatu: jangan melepaskan kayu itu, nanti ~ tanaman; menjatuhkan 1. melemparkan ke bawah, menggugurkan: dgn sengaja dijatuhkannya benda dlm tangannya itu; 2. menurunkan (nilai, harga, dll), memerosotkan: musuh-musuh kita senantiasa cuba ~ nama baik kita; 3. menggagalkan, membubarkan, me­numbangkan: parti-parti pembangkang men­­cuba ~ kerajaan dgn undian tidak percaya; 4. menyebabkan (miskin, melarat, dll); 5. mengenakan: hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu; ia memang tidak segan-segan ~ hukuman kpd penyokong-penyokong komunis; ~ denda mengenakan denda; ~ hukum memberi keputusan terhadap sesuatu perkara; ~ maruah menghina, memberi malu; ~ talak menceraikan (isteri); ~ tangan kpd meng­hukum, menangani; terjatuh jatuh dgn tiba-tiba (tidak sengaja); ~ dihimpit jenjang prb berturut-turut men­dapat kesusahan; kejatuhan 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg jatuh; ~ bulan ki mendapat ke­bahagiaan (kesenangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.tuh] | جاتوه

Definisi : 1 turun (terlepas) ke bawah dgn cepat; gugur atau luruh ke bawah: Buah yg ranum itu ~ ke tanah apabila ditiup angin. 2 menjadi kurang (bkn harga, nilai dll); merosot: Banyak juga peniaga yg rugi semasa nilai mata wang Inggeris ~ dahulu. 3 bersamaan dgn: Hari Raya Puasa ~ pd hari Sabtu. 4 menjadi (miskin, sakit dll): Bapanya ~ sakit. 5 tidak berhasil; gagal: Perusahaannya ~ kerana ditipu oleh pelanggan-pelanggan. 6 kalah atau dirampas (musuh); tidak dpt dipertahankan: Bandar itu telah ~ ke tangan musuh. ~ hati (kasih) menaruh cinta kpd seseorang. ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll). ~ nama mendapat nama buruk. menjatuhi menyebabkan seseorang atau sesuatu ditimpa oleh sesuatu yg lain; melepaskan sesuatu supaya jatuh pd: Yg dituduh telah dijatuhi hukuman mati. menjatuhkan 1 melemparkan ke bawah; menggugurkan: Dia ~ gelas itu kerana geram. 2 menurunkan (nilai, harga dll): Secara tidak langsung, dialah yg telah ~ perniagaan kedai itu. 3 mengalahkan; menggagalkan; menumbangkan: Dia telah ~ lawannya dlm perlawanan tinju. 4 melakukan atau mengenakan sesuatu sbg hukuman: Tuan hakim telah ~ hukuman gantung ke atas pembunuh itu. ~ maruah memberi malu. ~ talak menceraikan isteri. terjatuh jatuh dgn tiba-tiba: Kuihnya ~ kerana ia terperanjat. kejatuhan perihal jatuh: ~ nilai mata wang merugikan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Jatuh upih jatuh seludang,
     Jatuh mari di laman kami;
Nasi putih lauk udang,
     Mari makan bersama kami.


Lihat selanjutnya...(192)
Peribahasa

Jatuh dihimpit tangga.

Bermaksud :

Mendapat kesusahan silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(72)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
come-downn 1. fall in status, rank, prosperity, etc, martabat [sso] jatuh, jatuh martabat: he had to give up his yacht and his Lamborghini– what a ~ for him!, dia terpaksa menjual kapal pesiar dan kereta Lamborghininya – jatuh martabatnya!; 2. (colloq) anticlimax, mengecewakan: after the fabulous time they had in Costa Brava, it was a real ~ to have to go back to work, setelah berseronok-seronok di Costa Brava, sungguh mengecewakan apabila terpaksa balik bekerja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
push~ /so., st/ over, menolak jatuh /sso, sst/ dr; (accidentally) tertolak jatuh: he ~ed the car over the cliff, dia menolak jatuh kereta itu dr cenuram tersebut; some elderly people were ~ed over in the stampede, beberapa orang tua tertolak jatuh semasa orang ramai lari bertempiaran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
falln 1. act, instance of dropping, a. (gen) jatuh(nya); break o’s ~, menampan jatuh sso: a thick bush broke his ~, pohon yg rimbun menampan jatuhnya; have a ~, jatuh: he had a ~ from the horse, dia jatuh dr kuda itu; in the ~, /semasa, ketika/ jatuh: he was badly hurt in the ~, dia cedera teruk semasa jatuh; b. (of tree) tumbang(nya); c. (of leaves) gugur(nya), luruh(nya): the autumn ~ of leaves, daun-daun gugur dlm musim luruh; d. (of fruit) gugur(nya), jatuh(nya): the ~ of an apple from a tree, epal gugur dr pokok; e. (of tower, roof, etc) runtuh(nya), roboh(nya): a large crowd watched the ~ of the tower, orang ramai melihat menara itu runtuh; f. (of rain, snow) turun(nya): a heavy ~ of snow, salji turun lebat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sink5. decline, jatuh; (in status) jatuh martabat; (in morality) menjatuhkan maruah: wages had sunk to subsistence levels, gaji telah jatuh ke paras sara hidup; the value of the dollar had sunk, nilai mata wang dolar telah merosot; how could he ~ so low as to do a thing like that?, kenapa dia sanggup menjatuhkan maruahnya sehingga begitu sekali dgn melakukan perkara spt itu?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crashvi 1. (of aircraft) have violent, noisy accident, jatuh terhempas; 2. fall or hit st noisily, (of glassware, crockery, etc) jatuh berderang; (of structure, rock, etc) jatuh berderak; (of wave) berdebur: the glass slipped from his hand and ~ed to the floor, gelas itu terlepas dr tangannya lalu jatuh berderang ke lantai; 3. move noisily and violently, meluru merempuh: the wild boar ~ed through the undergrowth, babi hutan itu meluruh merempuh semak; 4. make loud shattering noise, (of applause, drums, etc) bergemuruh; (of thunder) berdentum; 5. collapse, jatuh: many companies ~ed during the economic recession, banyak syarikat yg jatuh semasa kemelesetan ekonomi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tumblevt 1. cause to fall, (act.) menyebabkan [sso] jatuh /bergolek, berguling/; (pass.) jatuh /tergolek, terguling/: the force of the blast ~d him over, kekuatan letupan itu menyebabkan dia jatuh tergolek; the car overturned and ~d them all out onto the road, kereta itu terbalik dan menyebabkan mereka semua jatuh tergolek di jalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sickenvi (old-fashioned) fall ill, /jatuh, menjadi/ sakit; (of adult, esp if old) jatuh sakit, menjadi /sakit, uzur/; (of animal) menjadi sakit: soon after his arrival the immigrant ~ed and died, tdk berapa lama selepas dia sampai, pendatang itu jatuh sakit lalu mati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plummetvi 1. plunge, fall steeply, jatuh menjunam: the aircraft ~ed into the sea, kapal terbang itu jatuh menjunam ke dlm laut; fuel stocks ~ed during the strike, saham bahan api jatuh menjunam semasa berlaku mogok; 2. deteriorate, merosot teruk: his popularity ~ed after the incident, kepopularannya merosot teruk selepas peristiwa itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spill 1 /have, take/ a ~, jatuh terpelanting: halfway down the slope the skier had a ~, peluncur salji itu jatuh terpelanting semasa jalan menuruni cerun itu; the bicycle skidded on the ice and the cyclist took a ~, basikal itu terbabas di atas ais dan penunggangnya jatuh terpelanting;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dropvi 1. drip, menitik, menitis; 2. fall, a. (gen) jatuh: a flower-pot ~ped on his head, pasu bunga itu jatuh di atas kepalanya; b. (of leaves, fruits, bombs) gugur, jatuh: the leaves are beginning to ~, daun-daun mula gugur; 3. collapse, rebah: he will work till he ~s, dia akan bekerja sehingga dia rebah; 4. die, gugur: he saw his comrades ~ping all around him, dia melihat rakan-rakannya gugur di sekelilingnya; 5. decrease, fall, jatuh, turun: tin prices ~ped last year, harga bijih timah jatuh tahun lalu; 6. become softer, menjadi perlahan: his voice ~ped, suaranya menjadi perlahan; 7. abate, reda: the wind has ~ped, angin sudah reda; 8. cease, terputus: we’ve let the correspondence ~, kita telah membiarkan hubungan surat-menyurat terputus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas