Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jer.nih] | جرنيه

Definisi : 1. boleh dilihat menerusinya (bkn air atau kaca), hening, bening, tidak keruh (bkn air): air yg ~; 2. manis dan berseri (bkn air muka), tidak muram: muka yg ~; 3. bersih drpd sebarang amalan salah, keburukan, niat jahat, dll; 4. tidak huru-hara (bkn sesuatu keadaan), aman: suasana politik yg ~; menjernihkan 1. menjadikan (menyebab­kan dll) jernih, mengheningkan, mem­beningkan: ~ air yg keruh; 2. menjadikan jernih (air muka): berita gembira itu ~ air mukanya; 3. menjadikan jernih (tidak huru-hara): ~ fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb); kejernihan 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), ke­sucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; penjernihan proses (tindakan dsb) men­jernih­kan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem ~ air asas diperkenalkan meng­guna­kan tiga penakung yg diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jer.nih] | جرنيه

Definisi : 1 tidak keruh (bkn air); hening; bening: Air perigi itu sangat ~. 2 manis dan berseri (bkn air muka); tidak muram: Air muka gadis itu ~ saja. 3 bersih drpd sebarang niat jahat dll (bkn hati); suci; ikhlas: hati yg ~. 4 tidak huru-hara (bkn keadaan); aman: Pergolakan itu kembali ~ spt sediakala. menjernihkan menjadikan jernih; mengheningkan: ~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. kejernihan keadaan jernih (bkn air, suasana, hati dsb): ~ air sungai itu telah tercemar akibat pembuangan bahan-bahan kimia dr kilang itu. penjernihan proses atau perbuatan menjernihkan air dsb: sistem ~ air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jernih (adjektif)
1. Bersinonim dengan hening: bening, terang, jelas,
Berantonim dengan keruh

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan bersih, suci, murni, kudus, putih, khalis, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, jujur, safi, sadik, lurus, mustakim, mukhlis, zakiah, tahir, nirmala, mukaddas,
Berantonim dengan bernoda

3. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan manis berseri, ceria, riang,
Berantonim dengan muram

Kata Terbitan : menjernihkan, kejernihan,

Puisi
 

Selat Teberau air jernih,
     Banyak mengail ikan gelama;
Pura-pura menumpang kasih,
     Kenangan kita selama-lama.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Air jernih,
     ikannya jinak.

Bermaksud :

Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
limpidadj 1. clear, transparent, a.(of liquid, eye) jernih, bening, hening: a shallow ~ stream, anak sungai yg cetek dan jernih; the cat’s eyes were like ~ pools, mata kucing itu spt kolam yg jernih; b. (of sky, air) bersih: sunny ~ skies, langit yg cerah dan bersih; 2. (of speech, prose) easy to understand, jelas: expressed in simple and ~ prose, disampaikan dlm bentuk prosa yg mudah dan jelas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
limpidadj 1. clear, transparent, a.(of liquid, eye) jernih, bening, hening: a shallow ~ stream, anak sungai yg cetek dan jernih; the cat’s eyes were like ~ pools, mata kucing itu spt kolam yg jernih; b. (of sky, air) bersih: sunny ~ skies, langit yg cerah dan bersih; 2. (of speech, prose) easy to understand, jelas: expressed in simple and ~ prose, disampaikan dlm bentuk prosa yg mudah dan jelas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pellucidadj (liter.) 1. jernih: the ~ pool, kolam yg jernih airnya; 2. (fig.) jelas: ~ writing, penulisan yg jelas; ~ prose, prosa yg jelas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crystallineadj 1. (liter.) jernih: the ~ sky, langit yg jernih; 2. (tech) berhablur, habluran: ~ precipitate, mendakan berhablur; ~ rock, batuan hablur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clearvi 1. become transparent, not turbid, menjadi jernih: the muddy water ~ed after the rain, air yg keruh itu menjadi jernih selepas hujan; 2. become unclouded, less severe, menjadi cerah; (of fog, mist, etc) menjadi tipis; (of storm) mereda: the sky ~ed, langit menjadi cerah; 3. (of face, countenance, etc) cerah, jernih: his face ~ed when he heard the good news, air mukanya cerah apabila mendengar berita baik itu; 4. disappear, hilang: this rash will ~ in a few days, ruam ini akan hilang dlm beberapa hari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crystaladj (liter.) transparent, jernih: the ~ waters of the lake, air tasik yg jernih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clear 10. (of air) clean, bersih; 11. (of eyes) jernih: ~ blue eyes, mata biru yg jernih; 12. unobstructed, tdk berhalangan; (of view), (dgn) jelas: there is a ~ road ahead now, jalan di hadapan tdk berhalangan; as we are on the sixteenth floor, we have a ~ view of the harbour, krn kami berada di tingkat enam belas, kami dapat melihat pelabuhan dgn jelas; be ~ of, tdk dihalang: the sea is ~ of ice at this time of year, pd waktu ini laut tdk dihalang ais; 13. free from cloud, rain, etc, cerah: on a ~ day you can see Genting Highlands, pd hari yg cerah kita dapat melihat Genting Highlands; ~ skies, langit cerah; 14. (of eyesight) terang; 15. without blemish, bersih: a young girl of ~ complexion, gadis sunti yg bersih kulitnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clear8. not muddled, perceptive, jelas: ~ thinking, fikiran yg jelas; for so. her age, she has a remarkably ~ mind, bagi sso yg berumur sepertinya, fikirannya sangat jelas; my memory is quite ~ on the point, ingatan saya jelas ttg perkara itu; 9. transparent, not turbid, jernih: ~ glass, kaca jernih; the solution becomes ~ when heated, larutan itu menjadi jernih apabila dipanaskan; ~ plastic bottles, botol-botol plastik jernih; the ~ water of the lake, air tasik yg jernih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
consommen sup jernih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clarifyvi become clear, menjadi jernih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas