Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jer.nih] | جرنيه

Definisi : 1. boleh dilihat menerusinya (bkn air atau kaca), hening, bening, tidak keruh (bkn air): air yg ~; 2. manis dan berseri (bkn air muka), tidak muram: muka yg ~; 3. bersih drpd sebarang amalan salah, keburukan, niat jahat, dll; 4. tidak huru-hara (bkn sesuatu keadaan), aman: suasana politik yg ~; menjernihkan 1. menjadikan (menyebab­kan dll) jernih, mengheningkan, mem­beningkan: ~ air yg keruh; 2. menjadikan jernih (air muka): berita gembira itu ~ air mukanya; 3. menjadikan jernih (tidak huru-hara): ~ fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb); kejernihan 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), ke­sucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; penjernihan proses (tindakan dsb) men­jernih­kan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem ~ air asas diperkenalkan meng­guna­kan tiga penakung yg diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jer.nih] | جرنيه

Definisi : 1 tidak keruh (bkn air); hening; bening: Air perigi itu sangat ~. 2 manis dan berseri (bkn air muka); tidak muram: Air muka gadis itu ~ saja. 3 bersih drpd sebarang niat jahat dll (bkn hati); suci; ikhlas: hati yg ~. 4 tidak huru-hara (bkn keadaan); aman: Pergolakan itu kembali ~ spt sediakala. menjernihkan menjadikan jernih; mengheningkan: ~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. kejernihan keadaan jernih (bkn air, suasana, hati dsb): ~ air sungai itu telah tercemar akibat pembuangan bahan-bahan kimia dr kilang itu. penjernihan proses atau perbuatan menjernihkan air dsb: sistem ~ air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jernih (adjektif)
1. Bersinonim dengan hening: bening, terang, jelas,
Berantonim dengan keruh

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan bersih, suci, murni, kudus, putih, khalis, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, jujur, safi, sadik, lurus, mustakim, mukhlis, zakiah, tahir, nirmala, mukaddas,
Berantonim dengan bernoda

3. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan manis berseri, ceria, riang,
Berantonim dengan muram

Kata Terbitan : menjernihkan, kejernihan,

Puisi
 

Selat Teberau air jernih,
     Banyak mengail ikan gelama;
Pura-pura menumpang kasih,
     Kenangan kita selama-lama.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Air jernih,
     ikannya jinak.

Bermaksud :

Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lejasdpt ditembusi cahaya dan kita dpt melihat menerusinya (spt kaca yg jernih); jernih; bening.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kejernihan1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), ke­sucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya;Kamus Dewan Edisi Keempat
jernih1. boleh dilihat menerusinya (bkn air atau kaca), hening, bening, tidak keruh (bkn air): air yg ~; 2. manis dan berseri (bkn air muka), tidak muram: muka yg ~; 3. bersih drpd sebarang amalan salah, keburukan, niat jahat, dll; 4. tidak huru-hara (bkn sesuatu keadaan), aman: suasana politik yg ~; menjernihkan 1. menjadikan (menyebab­kan dll) jernih, mengheningkan, mem­beningkan: ~ air yg keruh; 2. menjadikan jernih (air muka): berita gembira itu ~ air mukanya; 3. menjadikan jernih (tidak huru-hara): ~ fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb); kejernihan 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), ke­sucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; penjernihan proses (tindakan dsb) men­jernih­kan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem ~ air asas diperkenalkan meng­guna­kan tiga penakung yg diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik.Kamus Dewan Edisi Keempat
menjernihkan1. menjadikan (menyebab­kan dll) jernih, mengheningkan, mem­beningkan: ~ air yg keruh; 2. menjadikan jernih (air muka): berita gembira itu ~ air mukanya; 3. menjadikan jernih (tidak huru-hara):Kamus Dewan Edisi Keempat
bening1. jernih, hening: matanya berkaca ~; selaput ~ Id selaput mata bahagian depan; 2. (bkn suasana) hening, sunyi senyap: suasana menjadi ~ seketika;membeningkan 1. menjadikan bening (jernih, hening), menjernihkan, mengheningkan; 2. menjadikan bening (hening, sunyi senyap), mengheningkan; kebeningan keadaan bening (jernih, hening): ~ malam.Kamus Dewan Edisi Keempat
maya IIbermaya berseri; jernih. tidak ~ a. tidak berseri; tidak jernih. b. tidak bertenaga; lemah sekali; lesu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keruh I1. tidak jernih (kerana mengandungi kotoran spt keladak, lumpur, dll), agak kotor (bkn air): lumpur dr lombong bijih itu menjadikan air sungai itu ~; 2. tidak menyenang­kan atau menggembirakan (bkn kejadian, peristiwa, suasana, dsb), tidak cerah (bkn ke­adaan cuaca dll), agak muram (bkn air muka), agak kacau (kusut) atau tidak keruan (bkn pe­rasaan dsb), tidak sopan atau tertib (bkn kata­-kata dsb): Bidin terkenangkan peristiwa-peristiwa ~ yg telah berlaku pd dirinya; cuaca cerah dan udara tenang telah berubah menjadi ~ dan malap; air muka yg ~ dan sedih; bahasanya ~ bahasanya tidak sopan (tertib); jejaknya ~ Mn asal keturunannya atau perbuatannya yg sudah-sudah kurang baik; ~-~ kerak keruh sedikit (bkn air); buang yg ~ ambil yg jernih prb lupakan perkara atau peristiwa yg tidak baik dan ambil (ingatkan) yg baik-baik sahaja; mengeruh menjadi keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll); mengeruhkan menjadikan atau menyebab­kan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll): gas karbon dioksida boleh ~ air kapur; pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dlm parti; kekeruhan keadaan atau sifat keruh, ke­adaan tidak jernih (tidak menyenangkan dll): ada sesuatu ~ dlm suasana rumah tangga Zarina; ~ air itu disebabkan oleh kotoran yg terkandung di dlmnya; ~ air mukanya menunjukkan ada sesuatu yg kurang baik telah berlaku.Kamus Dewan Edisi Keempat
serum(sérum) 1. = ~ darah cecair jernih yg terpisah drpd bekuan darah dlm penggumpalan darah; 2. bahan antitoksin yg diperoleh drpd serum darah binatang yg dilalikan dgn bakteria penyebab penyakit; 3. cecair jernih yg dirembes oleh selaput tertentu; menyerum Id menyuntik dgn serum.Kamus Dewan Edisi Keempat
jernih1 tidak keruh (bkn air); hening; bening: Air perigi itu sangat ~. 2 manis dan berseri (bkn air muka); tidak muram: Air muka gadis itu ~ saja. 3 bersih drpd sebarang niat jahat dll (bkn hati); suci; ikhlas: hati yg ~. 4 tidak huru-hara (bkn keadaan); aman: Pergolakan itu kembali ~ spt sediakala. menjernihkan menjadikan jernih; mengheningkan: ~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. kejernihan keadaan jernih (bkn air, suasana, hati dsb): ~ air sungai itu telah tercemar akibat pembuangan bahan-bahan kimia dr kilang itu. penjernihan proses atau perbuatan menjernihkan air dsb: sistem ~ air.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jernih1. tidak keruh (bkn air); hening; bening:Air perigi itu sangat ~. 2. manis dan berseri (bkn air muka); tidak muram:Air muka gadis itu ~ saja. 3. bersih drpd sebarang niat jahat dll (bkn hati); suci; ikhlas: hati yg ~. 4. tidak huru-hara (bkn keadaan); aman:Pergolakan itu kembali ~ spt sedia kala. menjernihkan menjadikan jernih; mengheningkan:~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran;~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. kejernihan keadaan jernih (bkn air, suasana, hati dsb):~ air sungai itu telah tercemar akibat pembuangan bahan-bahan kimia dr kilang itu.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas