Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ja.tu.han] | کجاتوهن

Definisi : 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg jatuh; ~ bulan ki mendapat ke­bahagiaan (kesenangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ja.tu.han] | کجاتوهن

Definisi : perihal jatuh: ~ nilai mata wang merugikan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kejatuhan harga komuniti getah dan kelapa sawit telah menjejaskan pendapatan di dalam kalangan para petani. Yang mana salah.

Ayat yang betul ialah “Kejatuhan harga komuniti getah dan kelapa sawit telah menjejaskan pendapatan para petani”. (Gugurkan di dalam kalangan).

Tatabahasa23.02.2014
maksud barang penggenapIstilah baru ialah barang pelengkap yang bermaksud dua atau lebih barang, apabila harga salah satu barang naik, akan mengakibatkan kejatuhan permintaan barang yang lagi satu. Barang penggenap ialah istilah lama. Harap maklum.Istilah19.07.2008
Adakah terdapat sebarang kesalahan pengguanaan kata 'langsung' di bawah? 1. Penerbangan Malaysia mengadakan penerbangan langsung ke London. 2. Siaran langsung pertandingan itu akan disiarkan melalui semua saluran televisyen. 3. Kejatuhan harga bijih timah meninggalkan kesan secara langsung terhadap ekonomi negara kita. 4. Dia langsung tidak khuatir akan risiko yang bakal dihadapinya.Tiada kesalahan langsung.  Semua penggunaan perkataan "langsung|" dalam keempat-empat ayat adalah betul.Istilah27.08.2014
definisi sejarah sastera Sastera sejarah adalah suatu cabang daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang membicarakan sejarah sesebuah kerajaan. Secara umum sastera sejarah sering kali  memakai judul permulaan sebagai hikayat, silsilah, salasilah, misa dan tawarikh seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu dan Tawarikh Salasilah Negeri Kedah.          Bentuk sastera sejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dalam bentuk prosa dan bentuk puisi. Karya yang berbentuk prosa merupakan sejarah sesebuah kerajaan atau negeri tentang bangun dan jatuhnya sebuah kerajaan itu dengan menyenaraikan susur galur pemerintahnya. Manakala bentuk puisi pula, lazimnya ditulis dalam bentuk syair yang menceritakan sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sesuatu tempoh waktu tertentu seperti Syair Perang Johor, Syair Kampung Gelam Terbakar, Syair Perang Siak dan sebagainya.          Karya sastera sejarah, umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama karya sejarah yang meriwayatkan jurai keluarga diraja. Misalnya Sulalatus Salatin yang cukup terkenal dalam kalangan kita. Di dalam Sulalatus Salatin, pengarangnya, Tun Seri Lanang menjurai asal usul keturunan raja Melayu dari awal hingga kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.           Jenis sastera sejarah yang kedua pula hanya memfokuskan kisah seseorang tokoh seperti dalam Hikayat Acheh yang menceritakan tentang ketokohan Raja Iskandar Muda. Sastera sejarah yang menekankan pada sesuatu peristiwa seperti Syiar Kampung Gelam Terbakar dan Perang Makasar adalah jenis karya sastera yang ketiga.          Salah satu ciri yang menyebabkan  sastera sejarah tidak dianggap sepenuhnya sejarah kerana ada unsur-unsur mitos dan legenda serta unsur-unsur fiksyen-fantasi yang turut dimuatkan oleh para pengarang sastera sejarah. Unsur-unsur ini dimuat adalah dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menambahkan faktor kekaguman rakyat kepada kebesaran sesebuah kerajaan atau jurai keturunannya. Lain-lain06.08.2008
Merujuk kepada buku teks tingkatan 1 Sejarah, pada mukasurat 60, susunan bendahara dalam kerajaan Melaka menyatakan bahawa selepas Tun Perak meninggal, beliau diganti oleh Tun Perpatih Putih. Manakala pada mukasurat 91, selepas kematian Tun Perak, beliau diganti oleh Tun Mutahir.Saya rasa terdapat kesilapan pentafsiran.Maklumat yang manakah benar?

  Merujuk kepada susunan bendahara Melaka dalam Buku Teks Tingkatan 1 halaman 60 (pencerna minda), dan halaman 91 (kelemahan kepemimpinan), dijelaskan bahawa tiada kesilapan pentafsiran pada fakta tersebut. Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498, sultan Mahmud Syah telah melantik Tun Perpatih Putih, iaitu adik kepada Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6. Walau bagaimanapun, Tun Perpatih Putih tidak lama menjadi bendahara, iaitu kira-kira dua tahun sahaja (1498-1500). Tempatnya diganti oleh Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka ke-7.     

Pada halaman 91, Bendahara Tun Perpatih Putih tidak dinyatakan disebabkan sumbangannya yang tidak begitu ketara. Tambahan lagi, halaman 91 menekankan tentang kelemahan kepemimpinan yang begitu ketara dan permulaan kejatuhan kerajaan Melaka pada masa Tun Mutahir menjadi Bendahara.           

Diharapkan dengan penjelasan ini, tiada lagi kekeliruan fakta yang berbangkit tentang susunan bendahara di Melaka.

Lain-lain15.05.2010

Kembali ke atas