Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jer.ni.han] | کجرنيهن

Definisi : 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), ke­sucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jer.ni.han] | کجرنيهن

Definisi : keadaan jernih (bkn air, suasana, hati dsb): ~ air sungai itu telah tercemar akibat pembuangan bahan-bahan kimia dr kilang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jernih (adjektif)
1. Bersinonim dengan hening: bening, terang, jelas,
Berantonim dengan keruh

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan bersih, suci, murni, kudus, putih, khalis, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, jujur, safi, sadik, lurus, mustakim, mukhlis, zakiah, tahir, nirmala, mukaddas,
Berantonim dengan bernoda

3. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan manis berseri, ceria, riang,
Berantonim dengan muram

Kata Terbitan : menjernihkan, kejernihan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan ayat yang diberikan di bawah,adakah ayat ini merangkumi beberapa kesalahan tatabahasa atau kesalahan kata? Sekiranya berjaya, masyarakat dapat memanfaatkan sepenuhnya sungai yang bersih dan bakal menarik kehadiran pelancong asing dalam menikmati keindahan sungai di samping melihat hidupan akuatik dengan kejernihan air sungai yang dimiliki. Intihannya, pengurusan secara langsung daripada pihak yang berkuasa dan mampu akan memastikan impian dalam memastikan setiap sungai di dalam negara mencapai tahap kebersihan yang diidamkan tercapai pada suatu masa kelak.

Ayat yang diberikan tidak begitu jelas maksudnya, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah:

1. Dari segi tatabahasa

2. Tanda baca

3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat

4. Pemilihan perkataan yang tidak betul

Tatabahasa07.08.2021

Kembali ke atas