Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jer.ni.han] | کجرنيهن

Definisi : 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), ke­sucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jer.ni.han] | کجرنيهن

Definisi : keadaan jernih (bkn air, suasana, hati dsb): ~ air sungai itu telah tercemar akibat pembuangan bahan-bahan kimia dr kilang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jernih (adjektif)
1. Bersinonim dengan hening: bening, terang, jelas,
Berantonim dengan keruh

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan bersih, suci, murni, kudus, putih, khalis, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, jujur, safi, sadik, lurus, mustakim, mukhlis, zakiah, tahir, nirmala, mukaddas,
Berantonim dengan bernoda

3. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan manis berseri, ceria, riang,
Berantonim dengan muram

Kata Terbitan : menjernihkan, kejernihan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
claritykejernihan; kejelasanSosiologiTiadaTiada
limpiditykejernihanPertanianTiadaTiada
claritykejernihanKejuruteraanTiadaTiada
clearness indexindeks kejernihanFizikTiadaTiada
clarity inspectionpemeriksaan kejernihanFarmasiFarmaseutikPemeriksaan yang dijalankan ke atas larutan suntikan untuk memastikan tiada zarah tidak larut yang terampai di dalamnya.
oxidized starchkanji teroksidaMakanan dan PemakananTeknologi MakananKanji yang dioksidakan oleh peroksida, klorin, permanganat dan sebagainya. Kanji teroksida digunakan untuk mengubah kelikatan, kejernihan dan kestabilan pes seperti dalam pembuatan sos.
modified starchkanji ubahsuaiMakanan dan PemakananTeknologi MakananKanji yang ditukar secara fizikal atau kimia untuk menghasilkan sifat khusus yang berguna dalam pemprosesan makanan seperti mengubah kekuatan gel, kelikatan warna, kejernihan dan kestabilan pes. Contoh, kanji ubahsuai ialah kanji teroksida dan kanji ikatan silang.
pattern poetrypuisi polaKesusasteraanTiadaPuisi yang tersusun perkataannya dan barisnya. Susunan baris dan perkataan adalah untuk meniru bentuk sesuatu objek atau hala pergerakan mengikut idea yang dibicarakan. Contohnya puisi berjudul �Jernih Rona Baru� oleh A. Ghafar Ibrahim: �menari, nari, nari Menyanyi, nyanyi, nyanyi, Irama kejernihan jernih rona baru. Dalam sastera Parsi, puisi pola ditemui dalam sajak tulisan Kayumarth Munshizada dalam Divan. Contohnya, Az panjara ba bagh pur ta ba khwahad kard.

Kembali ke atas