Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ark setem (tanda penjelasan bayaran pos dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kepala (kata nama)
1. Bersinonim dengan jemala: tendas, akal, otak, fikiran, minda,

2. Bersinonim dengan ketua: pemimpin, penghulu, pengurus, pengelola, kapten, batin, pengarah, penggawa, mandur, penyelia, majikan, presiden, raja, imam, penasihat, guru, pemandu, khalifah, lurah, gabenor, nakhoda, juragan, jurumudi, panglima, hulubalang, sintua, juara, tekong,

3. Dalam konteks surat
bersinonim dengan tajuk, pendahuluan, permulaan,

4. Dalam konteks perkiraan
bersinonim dengan orang, individu,

5. Bersinonim dengan tangkai: hulu, pemegang,

Kata Terbitan : berkepala, berkepalakan, mengepalai,

Puisi
 

Raja Brooke hilir belayar,
     Memberi tabik gudang kompeni;
Kepala tunduk menahan sabar,
     Hendak bercakap tidak berani.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kepala rajaark setem (tanda penjelasan bayaran pos dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
memahkotaimeletakkan atau mengenakan mahkota ke kepala raja; menobatkan seseorang menjadi raja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mahkota1 pakaian kepala yg dibuat drpd emas serta bertatahkan permata dll utk raja-raja yg bertakhta; songkok kebesaran raja-raja. 2 ki orang yg memerintah; raja: putera (tengku) ~ anak raja yg akan naik takhta. ~ alam raja segala alam. ~ hati (jiwa) orang yg dikasihi. ~ negeri raja yg memerintah negeri. memahkotai meletakkan atau mengenakan mahkota ke kepala raja; menobatkan seseorang menjadi raja. kemahkotaan upacara memahkotai raja; pertabalan: Rakyat jelata dpt melihat istiadat ~ raja itu menerusi peti televisyen.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mahkota1. tajuk kebesaran raja: dikenakan ~ di hulu baginda; 2. ki (orang) yg meme­rintah, raja; ~ alam raja yg memerintah se­kalian alam; ~ negeri raja yg memerintah sesebuah negeri; putera (tengku) ~ anak raja yg bakal menggantikan ayahandanya; wakil ~ wakil raja; 3. gelaran utk orang besar-besar: Datuk Raja M~; 4. perhiasan kepala spt yg biasa dipakai oleh pengantin perempuan (pe­menang peraduan ratu cantik dsb); 5. ki jan­tung hati, kekasih: ~ hatiku; bermahkota memakai mahkota, menjadi raja yg memerintah; raja-raja yg ~ raja-raja yg memerintah; memahkotai meletakkan mahkota (pd ke­pala raja) sbg menobatkan baginda menjadi raja, mengenakan mahkota pd (orang yg naik takhta menjadi raja); pemahkotaan perihal (perbuatan, upacara, dsb) memahkotai (orang yg naik takhta men­jadi raja).Kamus Dewan Edisi Keempat
adipatiJw 1. sl raja, kepala daerah; 2. gelaran bupati (sebelum perang).Kamus Dewan Edisi Keempat
hulu1. sl kepala: lalulah diparangnya ~ baginda itu lalu mangkat; gering ~ sakit kepala (utk raja); kalang ~ bantal kepala; 2. = ~ sungai bahagian atas (sungai dll), udik, lwn hilir: air sungai yg deras mengalir dr ~; di ~ sungai ada air terjun; 3. pangkal, permulaan; ~ hati bahagian hati yg sebelah atas; ~ musim permulaan musim; ~ malang pangkal malang; 4. tangkai (pisau, keris, cangkul, dll), pemegang; ~ cangkul tangkai cangkul; ~ wali pegangan pd pisau wali; 5. pedalaman; orang ~ orang yg tinggal jauh di pedalaman; ~ hilir a) hulu dan hilir; b) hujung pangkal; ~ kepala ubun-ubun; ~ mujur pandai bertenggang (bertengkar) ~ baik pandai memakai prb Mn pandai membawa diri dlm pergaulan; ke ~ kena bubu, ke hilir kena tingkalak prb tidak dapat mengelak drpd bahaya; jikalau di ~ airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga prb jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pd permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya); orang terpegang pd ~nya, awak terpegang pd matanya prb lawan yg lebih kuat drpd kita (dlm perjanjian atau perkara); berhulu 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai; berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd, berkepalakan, bertangkaikan: golok yg ~ buluh dan bersarungkan upih; keris ~ cula; menghulu belayar (pergi) ke hulu sungai, mudik; menghulukan sl mendahului, memimpin, mengepalai: kalau sudah tuanku yg hendak ~ dan menunjuk ajar ... kawasan patik sanggup menyerahkan jiwa raga kami; huluan berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berlaku sebelum kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): beliau turut memper­soalkan langkah kementerian yg bertumpu pd kegiatan di peringkat ~ dan kurang mem­beri perhatian pd peringkat hiliran.Kamus Dewan Edisi Keempat
rajaI 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Teng­gara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsa­wan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg ber­kuasa, ketua, pemerintah: kompeni Ing­geris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerin­tah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg ter­makan budi kita; 6. orang yg besar kuasa­nya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpenga­ruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai bina­tang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpen­ting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpeme­rintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm pe­nya­bungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pe­mangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb ber­setuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; beraja 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~, Batin sahaja penghulunya; baik­lah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (mengham­bakan) diri kpd; beraja-raja sl bercampur (bergaul) dgn raja, hidup bersama-sama raja (tahu adat-istiadat di dlm istana): baiklah anakku, supaya engkau tahu ~; berajakan mengabdikan diri kpd, beraja kpd: segala orang Melaka terlalu sangat kasih dan setuju ~ beliau; meraja 1. spt raja, berbuat (berlaku, berlagak) spt raja; 2. ki merajalela: penyeksaan telah ~ di kampung itu; merajai 1. menjadi raja di (atas), memerin­tah: Sultan Muzaffar Shah mula-mula sekali ~ negeri Perak; 2. ki menguasai, mempenga­ruhi: hati akan ~ seluruh jiwa; ia terlalu banyak dirajai oleh perasaan; apabila cinta sudah ~ hati, segala-galanya adalah indah belaka; ~ diri menguasai diri; merajakan 1. menjadikan raja, menobat jadi raja: maka anakanda baginda yg tua itulah di­­raja­kan menggantikan ayahanda baginda; 2. menganggap atau memandang sbg raja: ~ pangkat; kerajaan 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja: ~ Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pe­me­rintahan, negara: ~ Indonesia berpar­limen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda Badanul meng­gantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg raja: jika tiada diketahui­nya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini; ~ buangan pemerintahan yg dijalankan di luar negara (kerana negara ditawan musuh dll); ~ campuran pemerintahan yg anggota-anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai golongan parti politik; ~ negeri pemerintah­an negeri yg menjadi sebahagian drpd keraja­an kebangsaan atau pusat; ~ pusat peme­rin­tahan yg bersifat kebangsaan (tidak dr negeri bahagian); ~ sementara kerajaan yg dibentuk utk memerintah atau mentadbir negara se­hingga terbentuk kelak sebuah kerajaan yg sempurna menurut perlembagaan dsb; ~ sendiri pemerintahan yg setengah merdeka (pemerintahan yg mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan kemerdekaan penuh); ~ tempatan (Udg) sistem kerajaan yg mele­tak­kan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perban­dar­an dan majlis daerah; berkerajaan mempunyai kerajaan, ada kera­jaannya: perubahan-perubahan yg patut dibuat bagi mencapai taraf ~ sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
otak batu kepalasl kepala (dlm percakapan dgn raja dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
kerajaan1 negeri atau negara yg mempunyai raja sbg kepala pemerintahannya: ~ Arab Saudi. 2 pemerintahan atau pemerintah sesebuah negara: ~ Thailand. 3 naik takhta; menjadi raja: Jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini. ~ campuran pemerintahan yg anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai parti (bukan drpd satu parti politik). ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (iaitu seluruhnya, bukan kerajaan negeri atau bahagian). ~ tempatan 1 pemerintahan (pentadbiran) di peringkat daerah spt pekan, bandar. 2 sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepala I1. bahagian tubuh (manusia atau bi­natang) drpd leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dll), hulu; sakit ~ sakit pd kepala (menyebabkan kepala berasa pening); 2. bahagian sesuatu yg di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali: ~ paku (skru, jarum peniti, dll); ~ perarakan; ~ surat; 3. ketua (pejabat, perkumpulan, per­tubuhan, dll), pemimpin (negara dll), penghulu (kampung dll): lagaknya macam seorang ~ samseng yg ganas; banyak ~ negara yg dijangka akan datang memberi penghormatan kpd Churchill; 4. otak, akal, fikiran: nasihat itu tidak masuk di ~ budak itu; 5. orang (digunakan dlm perhitungan atau perkiraan): fitrah bagi tahun ini telah ditetapkan seringgit tiap-tiap satu ~; ~ air permulaan atau penghabisan air bah, lidah air; ~ angin a) angin yg mendahului angin ribut; b) (orang yg) mudah berubah perangainya (ada kalanya baik dan ada kalanya meradang); c) bp tidak berfikiran (berakal), bodoh; ~ arwah hidangan istimewa (utama) dlm kenduri arwah; ~ bahagian ketua bahagian pejabat dll; ~ bahu bahagian bahu yg menonjol dan bertemu dgn pangkal tangan; ~ batu keras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk ajar orang); ~ berat = berat ~ tidak tajam akalnya, tidak lekas memahami sesuatu; ~ berita kata-kata ter­penting sbg tajuk berita (yg secara ringkas membayangkan kandungan atau butiran berita); ~ busung Id kepala membesar kerana rongga-rongga otak dimasuki benda cair; ~ daerah (desa, kampung, kuria, marga) orang (pegawai) yg mengetuai daerah (desa, kam­pung, kuria, marga); ~ dingin = dingin ~ penyabar (tenang, tidak lekas marah); ~ dua (orang yg) menyebelahi dua atau beberapa pihak (tidak menyokong atau setia kpd satu pihak sahaja); ~ gigi bahagian gigi sebelah atas (yg tidak tertanam di dalam daging); ~ kain (sarung) bahagian kain (sarung) yg coraknya berlainan drpd bahagian terbesar kain itu; ~ karangan tajuk karangan; ~ keluarga orang yg mengetuai sesuatu keluarga; ~ kereta api bahagian hadapan kereta api yg menarik gerabak-gerabaknya, loko­motif; ~ kodi a) = ~ perkodian kain (sarung) sbg contoh (diletakkan di atas susunan kain); b) ketua kumpulan orang jahat atau budak nakal; ~ kongsi ketua gerombolan jahat; ~ lakon pelakon terpenting dlm sesuatu lakonan atau cerita; ~ mayat Kl bahagian harta pusaka yg diterima oleh balu si mati; ~ negara ketua negara (spt raja atau presiden); ~ negeri a) ark ibu negeri, ibu kota; b) ketua negara (spt presiden dll); ~ paip bahagian paip air tempat air memancur keluar (boleh dibuka dan ditutup); ~ payung puncak payung (bahagian payung yg di atas sekali); ~ pasukan (perang) pemimpin pasukan (perang); ~ pengat Tr ketua sesuatu kumpulan (samseng, penjahat, dll); ~ pintu bahagian betul-betul di sebelah atas pintu; ~ pulau bahagian pulau yg tertinggi; ~ raja ark setem (tanda penjelasan bayaran pos dll); ~ regu pemimpin (ketua) regu; ~ ribut a) angin yg mula-mula bertiup (sebelum berlakunya ribut yg sebenar); b) Kl orang yg menimbulkan (memulakan) kekacauan; ~ santan santan (kelapa) yg pekat (diperoleh drpd perahan yg terawal); ~ sekolah guru besar (ketua guru-guru); ~ stasiun Id ketua stesen; ~ surat pendahuluan atau permulaan surat; ~ susu bahagian air susu yg kental (pekat); ~ tahun awal tahun; ~ tangga pangkal ibu tangga; ~ tiang bahagian atas tiang; ~ tingkap bahagian dinding betul-betul di sebelah atas tingkap; ~ tongkat hulu tongkat; ~ udang ki sangat bodoh; ~ sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain prb manusia berlain-lainan pendapat; diberi (di) bahu hendak (ke) ~ prb diturutkan sekali sahaja kemahuannya, ia te­rus meminta lagi (bkn seseorang yg di­manjakan); sakit ~ panjang rambut, patah selera banyak makan prb pd lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali; silap mata pecah ~ prb jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana; tidak tentu ~ ekor prb a) tidak tentu hujung pangkalnya; b) sangat gemuk atau tambun; berkepala mempunyai atau memakai kepala (dlm berbagai-bagai erti): maka dilihat Seri Rama seorang raksasa itu tiada ~ dan tiada bertangan; cerita tiada ~ cerita tidak berjudul (bertajuk); pasukan tidak ~ pasukan tidak berketua; ~ batu keras hati, sangat degil; mengepala berlaku atau memainkan pera­nan sbg kepala (pemimpin dll); mengepalai menjadi kepala (penghulu, ketua, pemimpin, dll) kpd, memimpin, mengetuai: lembaga yg baru ditubuhkan itu dikepalai oleh seorang ahli Parlimen; mengepalakan 1. mengangkat menjadi kepala (pemimpin dll), menjadikan kepala (ketua dsb); 2. sl mengenderai (menunggang) serta mengendalikan (gajah dll), menaiki dan memandu (kereta dll): maka Raja Kasim naik gajah yg bernama Juara Demang, Seri Nara Diraja ~ gajah; ~ pedati; 3. menanduk (bola): senaman yg memberikan kecekapan dlm menangkap, membuang, menendang dan ~ bola; pengepala orang yg mengepalai.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas